Loading...

Sebutan Kes "Saman RM1 Juta" Terhadap CMK Di Tangguh Ke Bulan Februari 2023

Loading...
Sebutan Kes "Saman RM1 Juta" Terhadap CMK Di Tangguh Ke Bulan Februari 2023 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sebutan Kes "Saman RM1 Juta" Terhadap CMK Di Tangguh Ke Bulan Februari 2023, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sebutan Kes "Saman RM1 Juta" Terhadap CMK Di Tangguh Ke Bulan Februari 2023
link : Sebutan Kes "Saman RM1 Juta" Terhadap CMK Di Tangguh Ke Bulan Februari 2023

Baca juga


Sebutan Kes "Saman RM1 Juta" Terhadap CMK Di Tangguh Ke Bulan Februari 2023

TEMERLOH - Sebutan kes saman fitnah RM1 juta terhadap aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli oleh Kerajaan Pahang akan bersambung pada Februari 2023 ini.

Demikian ditegaskan oleh Peguam Mohd Harris Mohan dari The Law Office of Mohd Harris Raub. yang mewakili defendan Mohd Shukri yang dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK). 

Sementara itu, kerajaan Pahang pula diwakili oleh Hidayah Ishak & Partners. 

Defendan yang juga merupakan seorang blogger didakwa membuat hantaran berunsur fitnah, dengan mengaitkan isu pembalakan jadi punca banjir yang melanda kawasan Bentong pada Disember 2021 lalu.

Melalui Perintah yang dibuat pada 5 Oktober 2022, Kerajaan Pahang telah diarah oleh Hakim Mahkamah Tinggi Temerloh, Yang Arif Roslan Mat Nor mengarahkan Kerajaan Pahang membekalkan tiga dokumen dalam tempoh tujuh hari bagi prosiding perbicaraan kes sebelum ini. 

Dokumen tersebut ialah Garis Panduan Jabatan Alam Sekltar berkenaan Pembalakan terkini yang tergunapakai di negeri ini.

Kedua, Laporan Penilaian Dampak Alam Sekitar di Negeri Pahang Darul Makmur yang terkini. Dan satu lagi dokumen ialah Pelan Pengurusan Alam Sekitar di Pahang yang terkini.

Kesemua dokumen itu perlu disediakan dalam dalam tempoh 7 hari bermula 5 Oktober 2022 yang lalu. 

"Setakat semalam Defenden hanya sediakan dua dokumen sahaja. Laporan Dampak belum dibekalkan. Kami mahu kesemua dokumen tersebut disediakan. Kegagalan berbuat demikian hendaklah dianggap sebagai Negeri Pahang  menghina mahkamah," kata Mohd Harris.

Sementara itu, Mohd Shukri ketika dihubungi berkata beliau berharap kes tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Saya banyak urusan lain yang perlu diuruskan. Saya dituduh berbagai-bagai kerana membantu MB Pahang pada PRU-15 dan DUN Tioman baru-baru ini. Kononnya kes ini telah dibatalkan. Malah, peguam Hidayah pada satu majlis ketika kempen PRU-15 baru-baru ini juga mendakwa konon saya merayu kes ditarik balik.

"Walhal apa yang berlaku sebaliknya, kes ini terus berjalan. Tiada surat rasmi penarikan kes pun yang kami terima daripada peguam terbabit, jika benar dakwaan beliau," kata Shukri.

Justeru beliau berharap prosiding kes ini berakhir segera kerana dia ada banyak urusan lain yang lebih penting perlu diuruskan. #PahangDaily



Demikianlah Artikel Sebutan Kes "Saman RM1 Juta" Terhadap CMK Di Tangguh Ke Bulan Februari 2023

Sekianlah artikel Sebutan Kes "Saman RM1 Juta" Terhadap CMK Di Tangguh Ke Bulan Februari 2023 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sebutan Kes "Saman RM1 Juta" Terhadap CMK Di Tangguh Ke Bulan Februari 2023 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2022/12/sebutan-kes-saman-rm1-juta-terhadap-cmk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sebutan Kes "Saman RM1 Juta" Terhadap CMK Di Tangguh Ke Bulan Februari 2023"

Catat Ulasan

Loading...