Loading...

Johor Darul Ta'zim (JDT) Terpaksa Memerah Keringat Sebelum Benamkan Sri Pahang FC Malam Tadi

Loading...
Johor Darul Ta'zim (JDT) Terpaksa Memerah Keringat Sebelum Benamkan Sri Pahang FC Malam Tadi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Johor Darul Ta'zim (JDT) Terpaksa Memerah Keringat Sebelum Benamkan Sri Pahang FC Malam Tadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Johor Darul Ta'zim (JDT) Terpaksa Memerah Keringat Sebelum Benamkan Sri Pahang FC Malam Tadi
link : Johor Darul Ta'zim (JDT) Terpaksa Memerah Keringat Sebelum Benamkan Sri Pahang FC Malam Tadi

Baca juga


Johor Darul Ta'zim (JDT) Terpaksa Memerah Keringat Sebelum Benamkan Sri Pahang FC Malam Tadi

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa memerah keringat sebelum menewaskan Sri Pahang FC 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan JDT selaku pendahulu liga apabila mengumpul 46 mata selepas melakar 15 kemenangan dan satu keputusan seri manakala Sri Pahang FC kekal di tangga sembilan dengan 15 mata.

Sri Pahang kendalian Fandi Ahmad yang beraksi selaku tuan rumah sering diasak bertubi-tubi oleh anak buah Hector Bidoglio.

Namun, JDT gagal menembusi benteng skuad Tok Gajah yang begitu berdisiplin menghalang gerakan berbahaya Bergson da Silva dan Arif Aiman Hanapi dan kedudukan 0-0 kekal sehingga berakhir babak pertama.

JDT akhirnya meraih gol pertama apabila bola sepakan sudut Juan Muniz terkena belakang badan pemain pertahanan Sri Pahang FC, Adam Nor Azlin yang gagal diselamatkan Zarif Irfan untuk meletak JDT mendahului 1-0.

Bergson merembat masuk gol kedua JDT pada minit ke-52 hasil lorongan Muniz.

Namun, JDT tersentap apabila pemain gantian Sri Pahang, David Rowley menanduk masuk bola hasil sepakan lintang Mykola Ahapov yang menewaskan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, seminit kemudian.

Memasuki minit akhir permainan, JDT dihadiahkan sepakan penalti selepas pengadil, Ahmad Zuhaidi Dzulkifli mengesan berlaku kekasaran terhadap Arif Aiman menerusi semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) dan Bergson menyempurnakan sepakan penalti itu untuk menjadikan kedudukan 3-1. #HarianMetro



Demikianlah Artikel Johor Darul Ta'zim (JDT) Terpaksa Memerah Keringat Sebelum Benamkan Sri Pahang FC Malam Tadi

Sekianlah artikel Johor Darul Ta'zim (JDT) Terpaksa Memerah Keringat Sebelum Benamkan Sri Pahang FC Malam Tadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Johor Darul Ta'zim (JDT) Terpaksa Memerah Keringat Sebelum Benamkan Sri Pahang FC Malam Tadi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/12/johor-darul-tazim-jdt-terpaksa-memerah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Johor Darul Ta'zim (JDT) Terpaksa Memerah Keringat Sebelum Benamkan Sri Pahang FC Malam Tadi"

Catat Ulasan

Loading...