Judul : Program Jelajah Aspirasi Pahang 1st Yang Diadakan Di DUN Sungai Lembing, Dapat Selesaikan Pelbagai Masalah Rakyat Di Kawasan Itu
link : Program Jelajah Aspirasi Pahang 1st Yang Diadakan Di DUN Sungai Lembing, Dapat Selesaikan Pelbagai Masalah Rakyat Di Kawasan Itu
Program Jelajah Aspirasi Pahang 1st Yang Diadakan Di DUN Sungai Lembing, Dapat Selesaikan Pelbagai Masalah Rakyat Di Kawasan Itu
KUANTAN: Mohamad Ayub Mat Ashri berharap program Jelajah Aspirasi Pahang 1st yang berlangsung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lembing, dapat membawa penyelesaian terhadap pelbagai masalah rakyat di kawasan itu.
Menurut Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Lembing itu, kehadiran Menteri Besar bersama barisan Exco ke Sungai Lembing disambut baik walaupun beliau tidak dijemput dalam program yang diadakan.
Katanya, beliau mendapat berita pihak kerajaan negeri yang diketuai oleh Menteri Besar bersama Exco telah mengadakan jelajah itu dengan kawasan DUN Sungai Lembing sebagai destinasi pilihan.
Katanya, sebagai wakil rakyat pembangkang yang mewarisi kawasan tersebut daripada pentadbiran terdahulu, pelbagai isu dan permasalahan sedia ada menjadi amanah yang perlu dipikul demi kebajikan rakyat.
“Saya sentiasa menyambut baik setiap usaha pembangunan serta sebarang projek yang mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat Sungai Lembing termasuk usaha memperkasakan imej dan potensi kawasan ini,” katanya dalam satu catatan di media sosialnya.
Namun begitu, beliau berkata, kekangan yang dihadapi termasuk ketiadaan peruntukan kepada pusat khidmat wakil rakyat pembangkang sedikit sebanyak menyukarkan usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Justeru, Ayub berharap lawatan kerajaan negeri kali ini dapat membuka ruang kepada pembangunan lebih mampan dan menyeluruh untuk Sungai Lembing.
Menurut beliau, antara isu yang sebelum ini telah dibangkitkan termasuk keadaan jalan rosak dan berlubang, masalah bekalan air, isu pemilikan tanah serta penghapusan kawasan hutan.
Katanya, isu perebutan hasil pertanian di tanah Rancangan Tanah Kelompok (RTK) serta dakwaan penyalahgunaan kuasa melibatkan Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) turut memerlukan perhatian segera pihak berkaitan.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Paya Besar berharap semua masalah yang dihadapi penduduk setempat dapat diberikan perhatian dan diselesaikan segera selepas lawatan tersebut.
“Saya merakamkan ucapan terima kasih atas kunjungan ke DUN Sungai Lembing dan berharap kerajaan negeri akan terus turun meninjau keadaan rakyat di sini pada masa akan datang,” katanya. #Harakahdaily
Demikianlah Artikel Program Jelajah Aspirasi Pahang 1st Yang Diadakan Di DUN Sungai Lembing, Dapat Selesaikan Pelbagai Masalah Rakyat Di Kawasan Itu
Anda sekarang membaca artikel Program Jelajah Aspirasi Pahang 1st Yang Diadakan Di DUN Sungai Lembing, Dapat Selesaikan Pelbagai Masalah Rakyat Di Kawasan Itu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/05/program-jelajah-aspirasi-pahang-1st.html

0 Response to "Program Jelajah Aspirasi Pahang 1st Yang Diadakan Di DUN Sungai Lembing, Dapat Selesaikan Pelbagai Masalah Rakyat Di Kawasan Itu"
Catat Ulasan