Judul : Tiga Maut Manakala Seorang Parah Selepas Kereta Mereka Naiki Merempuh Belakang Lori Simen Di Kilometer 34, Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur
link : Tiga Maut Manakala Seorang Parah Selepas Kereta Mereka Naiki Merempuh Belakang Lori Simen Di Kilometer 34, Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur
Tiga Maut Manakala Seorang Parah Selepas Kereta Mereka Naiki Merempuh Belakang Lori Simen Di Kilometer 34, Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Tiga maut manakala seorang parah selepas kereta yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori simen di Kilometer (KM) 34 Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur berhampiran Kampung Sungai Chinchin, Gombak, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 2.07 pagi.
"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Volkswagen telah melanggar bahagian belakang sebuah lori simen. Terdapat empat mangsa telah tersepit di dalam kereta," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata tiga lelaki berumur lingkungan 20-an disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Katanya, seorang wanita berusia 27 tahun, parah di kepala selain patah kaki kiri.
"Semua mangsa berjaya dikeluarkan anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.
"Operasi membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Emergency Medical Rescue Services (EMRS)," katanya. #BeritaHarian
Demikianlah Artikel Tiga Maut Manakala Seorang Parah Selepas Kereta Mereka Naiki Merempuh Belakang Lori Simen Di Kilometer 34, Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur
Anda sekarang membaca artikel Tiga Maut Manakala Seorang Parah Selepas Kereta Mereka Naiki Merempuh Belakang Lori Simen Di Kilometer 34, Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/05/tiga-maut-manakala-seorang-parah.html

0 Response to "Tiga Maut Manakala Seorang Parah Selepas Kereta Mereka Naiki Merempuh Belakang Lori Simen Di Kilometer 34, Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur"
Catat Ulasan