Judul : Aktivis Pertikai Keputusan Kerajaan Punggah Pesakit COVID-19 Warga Asing "Kluster Jalan Genting" Ke Kompleks SUKPA Indera Mahkota
link : Aktivis Pertikai Keputusan Kerajaan Punggah Pesakit COVID-19 Warga Asing "Kluster Jalan Genting" Ke Kompleks SUKPA Indera Mahkota
Aktivis Pertikai Keputusan Kerajaan Punggah Pesakit COVID-19 Warga Asing "Kluster Jalan Genting" Ke Kompleks SUKPA Indera Mahkota
KUANTAN - Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri Pahang benarkan Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) digunakan sebagai tempat kuarantin pesakit Covid-19 dari Bentong.
Difahamkan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memilih lokasi itu sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, bagi pesakit warga asing dari 'Kluster Jalan Genting' bermula hari ini.
Shukri berkata, pandangan rakyat terutamanya penduduk kawasan sekitar perlu diambilkira. Beliau khuatir jangkitan virus itu akan merebak dengan cepat dan penduduk tempatan menjadi mangsa.
"Saya tahu mereka membina kawad duri dan menempatkan ramai anggota tentera dan polis untuk mengawal di lokasi. Namun, sedarkah kita virus ini merebak dengan berbagai cara. Bukan sekadar pesakit panjat pagar lari keluar sahaja.
"Kita risau, jangkitan berlaku terhadap petugas frontliner yang berkhidmat di situ seperti kakitangan Kementerian Kesihatan dan sebagainya. Mereka balik dan jika terkena virus, ia boleh tersebar kepada orang awam melalui pasangan masing-masing," katanya.
Menurut Shukri lagi, dengan kawalan cukup rapi di seluruh negara itu pun kes meningkat dari masa ke semasa. Malah katanya, semalam negara mencatatkan 2,234 kes positif paling tinggi dalam sejarah pandemik Covid-19 sejak Mac lalu.
"Kuantan zon hijau, tapi semalam ada tiga kes positif. Itu belum dibawa warga asing dari Bentong ke Kompleks SUKPA lagi. Virus ini boleh membunuh, dan bukan main-main.
"Ini bukan soal menempatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), yang akan patuh arahan keluar tanpa kebenaran. Ini soal Coronavirus yang amat ditakuti oleh semua orang," katanya lagi.
"Berbagai alasan diberikan untuk tidak menjadi lokasi di Genting Highlands atau lokasi sekitar Bentong sebagai pusat kuarantin. Bukankah di Genting ada banyak hotel yang boleh digunakan.
"Malah, bangunan i-KPKT milik kerajaan juga lebih canggih kemudahannya terletak di Bukit Tinggi. Ini masa pemilik kawasan pelancongan terbabit membuat kerja amal dan kebajikan, walau pun pesakit bukan bekerja dengan mereka.
"Kenapa perlu dipunggah dalam jarak yang jauh semata-mata untuk memilih lokasi dekat dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kononnya.
"Bukankah jarak Bentong ke Lembah Kelang lebih dekat dari ke Kuantan. Pakar perubatan di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur boleh membantu urusan ini. Kenapa perlu dipunggah ke lokasi zon hijau di Kuantan?, kata Shukri lagi.
Malah beliau turur mendakwa, Kompleks SUKPA terletak di pusat tumpuan tempat orang beriadah di Tasik Taman Bandar, pusat perniagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta lain-lain.
Kawasan ini juga berdektaan dengan kawasan penempatan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, lebih tinggi berganda-ganda dari di Bentong.
"Semuanya sudah dirancang, maka tidak guna lagi saya bersuara. Cuma saya tidak mahu ada kes seperti di sebuah pusat perubatan baru-baru ini yang disembunyikan, hingga menyebabkan ramai mangsa terlibat dan ada yang menemui ajal.
"Kerajaan juga harus bertanggungjawab jika pandemik Covid-19 ini merebak secara mendadak di Indera Mahkota khasnya atau di Kuantan amnya. Kita sudah beri nasihat dan pandangan sebagai rakyat marhaen. Selebihnya kerajaan yang perlu pastikan segala langkah keselamatan dibuat dengan baik berlandaskan SOP yang telah ditetapkan.
"Saya harap rakyat bersabar dengan situasi ini. Marah macam mana pun, kita hanyalah rakyat. Namun ingat, suara rakyat suara keramat.. Elok-elok rakyat hidup dengan tenang dan damai, kini mereka menjadi trauma dan resah gelisah gusar dengan apa yang akan terjadi, " tambah beliau lagi.
Sementara itu difahamkan, segala persiapan telah dilakukan di Kompleks SUKPA untuk menerima kehadiran pesakit Covid-19 warga asing. Sama-samalah kita doakan agar segakanya dapat dipermudahkan.
Dengarkan video kenyataan beliau di https://www.facebook.com/106205744452265/posts/220939712978867/.
Atau sila rujuk komen penuh beliau di https://www.facebook.com/106205744452265/posts/220189186387253/ #PahangDaily
Demikianlah Artikel Aktivis Pertikai Keputusan Kerajaan Punggah Pesakit COVID-19 Warga Asing "Kluster Jalan Genting" Ke Kompleks SUKPA Indera Mahkota
Anda sekarang membaca artikel Aktivis Pertikai Keputusan Kerajaan Punggah Pesakit COVID-19 Warga Asing "Kluster Jalan Genting" Ke Kompleks SUKPA Indera Mahkota dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/aktivis-pertikai-keputusan-kerajaan.html
0 Response to "Aktivis Pertikai Keputusan Kerajaan Punggah Pesakit COVID-19 Warga Asing "Kluster Jalan Genting" Ke Kompleks SUKPA Indera Mahkota"
Catat Ulasan