Judul : Mahkamah Tinggi Menolak Saman Fitnah Yang Dikemukakan Azeez Rahim Terhadap Guan Eng
link : Mahkamah Tinggi Menolak Saman Fitnah Yang Dikemukakan Azeez Rahim Terhadap Guan Eng
Mahkamah Tinggi Menolak Saman Fitnah Yang Dikemukakan Azeez Rahim Terhadap Guan Eng
GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman fitnah yang dikemukakan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Mahkamah turut memerintahkan Abdul Azeez untuk membayar kos berjumlah RM50,000 kepada Guan Eng.
Keputusan dibacakan Timbalan Pendaftar, L Umma Devi bagi pihak Hakim Datuk Rosilah Yop dalam kamar mahkamah.
Peguam Guan Eng, Datuk N Mureli, berkata beliau dimaklumkan bahawa saman itu ditolak atas alasan Abdul Azeez gagal mengemukakan bukti bagi kes berkenaan.
"Saya perlu menulis permohonan bagi mendapatkan penghakiman penuh," katanya ketika ditemui pemberita.
Abdul Azeez memfailkan saman fitnah terhadap Guan Eng pada 2018, yang mendakwa bekas Menteri Kewangan itu mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah pada sidang media di Pulau Pinang pada 28 Februari 2018, ketika Guan Eng masih memegang jawatan Ketua Menteri.
Dalam samannya, Abdul Azeez mendakwa Guan Eng mengaitkan beliau dengan bayaran berjumlah RM3 juta sebagai bayaran perundingan kepada pemaju bagi projek itu.
Abdul Azeez meminta ganti rugi am dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. #sumber
Demikianlah Artikel Mahkamah Tinggi Menolak Saman Fitnah Yang Dikemukakan Azeez Rahim Terhadap Guan Eng
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Tinggi Menolak Saman Fitnah Yang Dikemukakan Azeez Rahim Terhadap Guan Eng dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/mahkamah-tinggi-menolak-saman-fitnah.html
0 Response to "Mahkamah Tinggi Menolak Saman Fitnah Yang Dikemukakan Azeez Rahim Terhadap Guan Eng"
Catat Ulasan