Judul : Sebanyak 45 Orang Nelayan Vietnam Di Tahan Kerana Di Dapati Menceroboh Perairan Pahang
link : Sebanyak 45 Orang Nelayan Vietnam Di Tahan Kerana Di Dapati Menceroboh Perairan Pahang
Sebanyak 45 Orang Nelayan Vietnam Di Tahan Kerana Di Dapati Menceroboh Perairan Pahang
KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga bot bersama 45 nelayan Vietnam yang dikesan menceroboh perairan Pahang kira-kira 64 batu nautika timur Kuala Pahang, semalam.
Pengarah Maritim Malaysia Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Amran Daud berkata, penahanan bot terbabit dilakukan ketika sedang melaksanakan Op Kuda Laut pada 7 pagi.
Katanya, berdasarkan siasatan, satu daripada tiga bot nelayan terbabit cuba mengaburi pihak penguat kuasa dengan menggunakan nombor pendaftaran disyaki palsu.
"Siasatan kita juga mendapati nombor pendaftaran dan ciri fizikal bot terbabit milik nelayan Vietnam.
"Hasil pemeriksaan lanjut terhadap tiga bot itu menemui muatan dianggarkan seberat tiga tan hasil laut serta bekalan diesel sebanyak 14,000 liter.
"Tiga bot itu dikendalikan 45 kru termasuk tiga tekong berumur antara 17 hingga 53 tahun yang semuanya warga Vietnam dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan sah," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Amran berkata, ketika ditahan, seorang tekong cuba merasuah dengan tawaran RM2,000 kepada anggota penguat kuasa bagi tujuan membebaskan mereka serta bot daripada ditahan.
Namun, katanya, integriti yang tinggi anggota penguat kuasa Maritim Malaysia menolak cubaan rasuah terbabit dan menahan semua nelayan terbabit.
Beliau berkata, nilai keseluruhan barang rampasan termasuk bot, peralatan menangkap ikan serta bekalan diesel dianggarkan bernilai RM3 juta.
Katanya, tiga bot dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman, Terengganu manakala 45 nelayan itu ditahan dan menjalani saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 16(3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana memasuki dan menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia tanpa kebenaran serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pengenalan diri yang sah.
"Jika disabitkan kesalahan, tiga tekong boleh dikenakan denda tidak melebihi RM6 juta seorang manakala semua awak-awak boleh dikenakan denda tidak lebih RM600,000 seorang," katanya.
Beliau berkata, Maritim Malaysia Pahang akan terus komited menjaga perairan daripada pencerobohan dan orang ramai yang mempunyai aduan boleh melaporkannya ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Pahang di talian 09-5717345. #sumber
Demikianlah Artikel Sebanyak 45 Orang Nelayan Vietnam Di Tahan Kerana Di Dapati Menceroboh Perairan Pahang
Anda sekarang membaca artikel Sebanyak 45 Orang Nelayan Vietnam Di Tahan Kerana Di Dapati Menceroboh Perairan Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/12/sebanyak-45-orang-nelayan-vietnam-di.html

0 Response to "Sebanyak 45 Orang Nelayan Vietnam Di Tahan Kerana Di Dapati Menceroboh Perairan Pahang"
Catat Ulasan