Loading...

Sultan Pahang Minta Kaji Semula Penggunaan Penghadang Jalan, Demi Keselamatan Pengguna Jalan Raya

Loading...
Sultan Pahang Minta Kaji Semula Penggunaan Penghadang Jalan, Demi Keselamatan Pengguna Jalan Raya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Pahang Minta Kaji Semula Penggunaan Penghadang Jalan, Demi Keselamatan Pengguna Jalan Raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Pahang Minta Kaji Semula Penggunaan Penghadang Jalan, Demi Keselamatan Pengguna Jalan Raya
link : Sultan Pahang Minta Kaji Semula Penggunaan Penghadang Jalan, Demi Keselamatan Pengguna Jalan Raya

Baca juga


Sultan Pahang Minta Kaji Semula Penggunaan Penghadang Jalan, Demi Keselamatan Pengguna Jalan Raya

TEMERLOH: Penggunaan penghadang jalan yang lebih sesuai perlu dilakukan oleh kerajaan sebagai langkah jangka panjang serta demi keselamatan pengguna jalan raya di negara ini.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, penggunaaan penghadang besi jalan sedia ada dilihat satu perkara serius ekoran kemalangan bas persiaran membawa pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang mengorbankan 15 mangsa, selain 33 cedera termasuk tujuh parah baru-baru ini.

"Saya harap pihak kerajaan dapat kaji dan perhatikan keadaan jalan raya baik dalam lebuh raya atau kampung dari segi keselamatan, lampu, taraf jalan itu sendiri sama ada perlu diperbaiki atau tidak.

"Namun, hasil laporan dalam akhbar, kejadian di Perak mengenai besi penghadang jalan itu perkara agak serius, perlu kaji semula, ia boleh memudaratkan dan menyebabkan kemalangan lebih serius," titah baginda ketika berangkat bercemar duli selepas menyantuni mangsa ribut di Temerloh pada Jumaat.

Titah Al-Sultan Abdullah, perkara tersebut perlu dikaji secepat mungkin.

"Kadang tidak perlu fikir kos tapi kena fikir juga keselamatan untuk jangka panjang kerana ia boleh menyelamatkan nyawa orang yang boleh keluarkan hasil, bayar cukai dan sebagainya," titah baginda.

Antara faktor lain kematian dan kecederaan serius dialami pelajar terlibat disebabkan penghadang besi yang memasuki bas yang terbalik itu selepas dilanggar bas yang terbabas di Kilometer 53 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berdekatan Tasik Banding, Gerik, Perak. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Sultan Pahang Minta Kaji Semula Penggunaan Penghadang Jalan, Demi Keselamatan Pengguna Jalan Raya

Sekianlah artikel Sultan Pahang Minta Kaji Semula Penggunaan Penghadang Jalan, Demi Keselamatan Pengguna Jalan Raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang Minta Kaji Semula Penggunaan Penghadang Jalan, Demi Keselamatan Pengguna Jalan Raya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/sultan-pahang-minta-kaji-semula.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sultan Pahang Minta Kaji Semula Penggunaan Penghadang Jalan, Demi Keselamatan Pengguna Jalan Raya"

Catat Ulasan

Loading...