Loading...

Pasukan Guaman Najib Tidak Tolak Kemungkinan Akan Kemukakan Permohonan Pengampunan Penuh Baharu

Loading...
Pasukan Guaman Najib Tidak Tolak Kemungkinan Akan Kemukakan Permohonan Pengampunan Penuh Baharu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pasukan Guaman Najib Tidak Tolak Kemungkinan Akan Kemukakan Permohonan Pengampunan Penuh Baharu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pasukan Guaman Najib Tidak Tolak Kemungkinan Akan Kemukakan Permohonan Pengampunan Penuh Baharu
link : Pasukan Guaman Najib Tidak Tolak Kemungkinan Akan Kemukakan Permohonan Pengampunan Penuh Baharu

Baca juga


Pasukan Guaman Najib Tidak Tolak Kemungkinan Akan Kemukakan Permohonan Pengampunan Penuh Baharu

PUTRAJAYA: Pasukan guaman kepada Datuk Seri Najib Razak tidak menolak kemungkinan untuk mengemukakan permohonan pengampunan penuh baharu terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Bagaimanapun, peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, permohonan pengampunan kali kedua akan mengambil kira kewujudan Titah Adendum sebelum ini agar ia tidak terkait antara satu sama lain.

"Seperti yang saudara-saudari masih lagi ingat, kita ada Titah Adendum dan juga kita ada pengampunan separuh yang jalan serentak.

"Jadi kalau kita buat permohonan baharu pengampunan sekarang, kita juga tidak mahu isu-isu berkenaan dengan Titah Adendum ini atau pengampunan ini mempunyai kesan atau kaitan antara satu dengan lain.

"Bila kita buat permohonan pengampunan, kita mungkin buat permohonan pengampunan secara baharu," katanya dalam sidang media di Istana Kehakiman di sini pada Rabu.

Muhammad Shafee berkata, permohonan pengampunan boleh dibuat berulang kali sama ada membabitkan hukuman penjara atau apa-apa saja keputusan mahkamah yang lain.

Beliau berkata demikian selepas Mahkamah Persekutuan pada Rabu menolak permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan Jabatan Peguam Negara.

Ia susulan rayuan Peguam Negara untuk mengetepikan keputusan yang membenarkan Najib memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Susulan itu, semakan akan diteruskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berdasarkan tarikh-tarikh yang ditetapkan.

Muhammad Shafee menjelaskan, berdasarkan sembilan kes terdahulu di mahkamah, dekri pengampunan yang ditandatangani Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipertikaikan atau dicabar.

“Apabila Yang di-Pertuan Agong sudah menandatangani dekri pengampunan, keputusan itu tidak boleh ditentang. Itu prinsip yang sudah ditegaskan dalam banyak kes sebelum ini,” ujarnya.

Muhammad Shafee turut menegaskan, perbincangan dalaman Lembaga Pengampunan mesti kekal rahsia seperti perbincangan juri dalam perbicaraan bagi mengelakkan keyakinan terhadap institusi tersebut terjejas.

“Kalau isi perbincangan itu dibuka, kita akan musnahkan keseluruhan sistem kerana tiada siapa yang mahu lagi menjadi ahli Lembaga Pengampunan pada masa depan,” katanya lagi. #AstroAwani




Demikianlah Artikel Pasukan Guaman Najib Tidak Tolak Kemungkinan Akan Kemukakan Permohonan Pengampunan Penuh Baharu

Sekianlah artikel Pasukan Guaman Najib Tidak Tolak Kemungkinan Akan Kemukakan Permohonan Pengampunan Penuh Baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pasukan Guaman Najib Tidak Tolak Kemungkinan Akan Kemukakan Permohonan Pengampunan Penuh Baharu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/08/pasukan-guaman-najib-tidak-tolak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pasukan Guaman Najib Tidak Tolak Kemungkinan Akan Kemukakan Permohonan Pengampunan Penuh Baharu"

Catat Ulasan

Loading...