Loading...

Seorang Pegawai Kanan Polis IPK Pahang Maut, Motosikal Ditunggang Bertembung Dengan Sebuah Lori Di Jalan Batang Kali-Genting Highlands

Loading...
Seorang Pegawai Kanan Polis IPK Pahang Maut, Motosikal Ditunggang Bertembung Dengan Sebuah Lori Di Jalan Batang Kali-Genting Highlands - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seorang Pegawai Kanan Polis IPK Pahang Maut, Motosikal Ditunggang Bertembung Dengan Sebuah Lori Di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seorang Pegawai Kanan Polis IPK Pahang Maut, Motosikal Ditunggang Bertembung Dengan Sebuah Lori Di Jalan Batang Kali-Genting Highlands
link : Seorang Pegawai Kanan Polis IPK Pahang Maut, Motosikal Ditunggang Bertembung Dengan Sebuah Lori Di Jalan Batang Kali-Genting Highlands

Baca juga


Seorang Pegawai Kanan Polis IPK Pahang Maut, Motosikal Ditunggang Bertembung Dengan Sebuah Lori Di Jalan Batang Kali-Genting Highlands

HULU SELANGOR:  Seorang pegawai kanan polis maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah lori di Jalan Batang Kali-Genting di sini pada Selasa.

Kemalangan menyebabkan mangsa, Superintenden Yuslimezam Hashim yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Logistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang meninggal dunia di lokasi kejadian kerana parah di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 51 tahun menunggang motosikal seorang diri dari Alor Setar, Kedah menuju ke IPK Pahang.

Seorang pegawai kanan polis maut kemalangan di Jalan Batang Kali-Genting pada Selasa.

Seorang pegawai kanan polis maut kemalangan di Jalan Batang Kali-Genting pada Selasa.

"Apabila sampai di Jalan Batang Kali menghala ke Genting, mangsa mengambil selekoh ke kiri dan dipercayai telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori dipandu lelaki berusia 50 tahun.

"Mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat, manakala pemandu lori cedera ringan di muka dan dada," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, polis meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kemalangan ini dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohammadi Mt Abu @ Ramli di talian 03-60641222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Sebelum itu, Polis Pahang dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa memaklumkan, Allahyarham meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan berhampiran sebuah tapak perkhemahan di lokasi kejadian.

“Dimaklumkan bahawa Superintenden Yuslimezam Hashim, Ketua Jabatan Logistik IPK Pahang kembali ke rahmatullah hari ini (Selasa) akibat kemalangan motosikal.

“Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman dan Pengerusi PERKEP Pahang, Datin Seri Sumarnie Haris mengucapkan salam takziah buat keluarga arwah dan mendoakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan bersama-sama golongan orang beriman,” kata hantaran itu. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Seorang Pegawai Kanan Polis IPK Pahang Maut, Motosikal Ditunggang Bertembung Dengan Sebuah Lori Di Jalan Batang Kali-Genting Highlands

Sekianlah artikel Seorang Pegawai Kanan Polis IPK Pahang Maut, Motosikal Ditunggang Bertembung Dengan Sebuah Lori Di Jalan Batang Kali-Genting Highlands kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seorang Pegawai Kanan Polis IPK Pahang Maut, Motosikal Ditunggang Bertembung Dengan Sebuah Lori Di Jalan Batang Kali-Genting Highlands dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/06/seorang-pegawai-kanan-polis-ipk-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Seorang Pegawai Kanan Polis IPK Pahang Maut, Motosikal Ditunggang Bertembung Dengan Sebuah Lori Di Jalan Batang Kali-Genting Highlands"

Catat Ulasan

Loading...