Judul : Sultan Pahang Seru Semua Pihak Kenal Pasti Tanah Terbiar, Agar Dibangunkan Secara Produktif Untuk Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi Negeri
link : Sultan Pahang Seru Semua Pihak Kenal Pasti Tanah Terbiar, Agar Dibangunkan Secara Produktif Untuk Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi Negeri
Sultan Pahang Seru Semua Pihak Kenal Pasti Tanah Terbiar, Agar Dibangunkan Secara Produktif Untuk Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi Negeri
Titah baginda lagi, usaha itu perlu melibatkan tanah milik persendirian mahupun tanah kerajaan dengan keutamaan diberikan kepada sektor yang mampu menjana hasil dan memberi manfaat kepada rakyat, termasuk perusahaan kelapa sawit, getah, kelapa, padi, buah-buahan serta tanaman bernilai tinggi.
“Seharusnya kita bertuah kerana negeri Pahang yang mempunyai keluasan kira-kira 3.6 juta hektar tanah. Aangkah malangnya jika sebahagian besar tanah di negeri Pahang ini tidak diusahakan.
“Kerajaan telah mengurniakan hak milik kepada sebahagian tanah, malangnya ada juga tanah-tanah yang terbiar. Di sinilah saya harap istilah tanah terbiar ini patut dbuka dijadikan tanah pembangunan waima apa bentuk sekali pun. Saya tak nak lihat tanah terbiar tidak dimajukan dari satu generasi ke generasi seterusnya,” titah Paduka Baginda.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan bercemar duli berangkat ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang bagi mendengar persembahan taklimat berkaitan pengurusan dan pembangunan tanah di negeri ini pada Khamis.
Dalam pada itu, baginda turut bertitah pemberian hak milik tanah tidak akan memberi manfaat sekiranya pemilik gagal memajukannya atau tidak memenuhi tanggungjawab seperti menjelaskan cukai berkaitan.
"Oleh itu, kajilah sebaik-baiknya supaya penyelesaian yang dilaksanakan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak, iaitu kerajaan negeri dan rakyat. Setiap inci tanah yang kita miliki mempunyai potensi untuk diusahakan," titah Paduka Baginda. #kesultananpahang
Demikianlah Artikel Sultan Pahang Seru Semua Pihak Kenal Pasti Tanah Terbiar, Agar Dibangunkan Secara Produktif Untuk Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi Negeri
Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang Seru Semua Pihak Kenal Pasti Tanah Terbiar, Agar Dibangunkan Secara Produktif Untuk Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi Negeri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2026/07/sultan-pahang-seru-semua-pihak-kenal.html

0 Response to "Sultan Pahang Seru Semua Pihak Kenal Pasti Tanah Terbiar, Agar Dibangunkan Secara Produktif Untuk Merancakkan Pertumbuhan Ekonomi Negeri"
Catat Ulasan