Loading...

5 mati, 40 cedera dalam serangan di Parlimen UK

Loading...
5 mati, 40 cedera dalam serangan di Parlimen UK - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 5 mati, 40 cedera dalam serangan di Parlimen UK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 5 mati, 40 cedera dalam serangan di Parlimen UK
link : 5 mati, 40 cedera dalam serangan di Parlimen UK

Baca juga


5 mati, 40 cedera dalam serangan di Parlimen UK

LONDON: Lima terbunuh dan kira-kira 40 yang lain cedera di sini semalam selepas sebuah kereta merempuh ke arah pejalan kaki dan seorang lelaki dipercayai pengganas menikam anggota polis, berhampiran bangunan Parlimen Britain.
Dua yang maut termasuk penyerang dan anggota polis terbabit, sementara 3 lagi mangsa meninggal dunia dipercayai selepas dilanggar kereta berkenaan yang dipandu laju merentasi Jambatan Westminster sebelum terbabas di luar Parlimen.
Perdana Menteri Theresa May mengutuk serangan itu.
“Lokasi serangan ini bukan satu kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan di luar pejabatnya di 10 Downing Street, semalam.
“Pengganas memilih untuk menyerang di tengah-tengah ibu kota kita, di mana orang pelbagai warganegara, agama dan budaya datang untuk meraikan nilai kebebasan, demokrasi dan kebebasan bersuara,” katanya.
May berkata sebarang cubaan untuk menewaskan nilai itu menerusi keganasan pasti akan gagal
Pegawai kanan bahagian counter-terrorism Britain, Mark Rowley memberitahu wartawan serangan bermula apabila sebuah kereta yang sedang dipandu di Jambatan Westminster melanggar dan mencederakan orang awam serta 3 pegawai polis.
“Kereta itu kemudian terbabas berhampiran Parlimen dan sekurang-kurangnya seorang lelaki, bersenjatakan pisau, terus menyerang dan cuba memasuki Parlimen,” katanya.
Beliau berkata siasatan awal polis mengandaikan serangan itu didorong oleh keganasan berkaitan pengganas Islam.
Katanya, polis percaya mereka tahu identiti penyerang tetapi enggan memberikan butiran lanjut pada peringkat ini.
Insiden semalam menjadi serangan dahsyat di London sejak kejadian 4 pengganas British membunuh 52 penumpang kereta api dan diri sendiri dalam serangan bom berani mati dalam sistem kereta api bawah tanah pada Julai 2005.
Ia berlaku pada hari ulang tahun pertama serangan militan Islam yang membunuh 32 orang di Brussels.
Anggota polis yang maut dikenali sebagai Keith Palmer, 48, yang sudah berkhidmat selama 15 tahun.
Tinjauan wartawan mendapati sekurang-kurangnya 12 cedera di jambatan dengan ada yang terbaring di atas jalan raya, ada yang berdarah dan seorang terbaring di bawah bas. - FMT


Demikianlah Artikel 5 mati, 40 cedera dalam serangan di Parlimen UK

Sekianlah artikel 5 mati, 40 cedera dalam serangan di Parlimen UK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 5 mati, 40 cedera dalam serangan di Parlimen UK dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/5-mati-40-cedera-dalam-serangan-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "5 mati, 40 cedera dalam serangan di Parlimen UK"

Catat Ulasan

Loading...