Loading...

Allan senarai enam muka baru

Loading...
Allan senarai enam muka baru - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Allan senarai enam muka baru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Allan senarai enam muka baru
link : Allan senarai enam muka baru

Baca juga


Allan senarai enam muka baru



ARKIB : 12/04/2003
JURULATIH kebangsaan, Allan Harris mempertaruhkan harapan kepada enam pemain baru yang dianggapnya menunjukkan potensi besar ketika seorang lagi pemainnya `dihalau' pulang serta merta sebaik melaporkan diri di Wisma FAM, kelmarin.

Dua perkembangan terbaru itu adalah antara gambaran awal yang mewarnai sesi latihan skuad Olimpik bawah 22 tahun negara yang bermula semalam.

Namun perbalahan yang membabitkan satu-satunya pemain dari Johor dalam skuad negara, Mohd. Farid Ideris dengannya itu hanya mahu diulas Allan berpunca daripada sikap negatif pemain muda itu terhadap minatnya bermain untuk Malaysia.

Sambil tidak mahu memperbesarkan isu kecil itu, Allan jelas lebih berminat mencari resepi terbaik untuk enam pemain baru itu bergandingan dengan pemain lama.

Mereka yang dipilih daripada skuad bawah 19 tahun bimbingan K. Rajagopal itu ialah R. Surendran, M. Ravitharan (Perak), Azralan Azmi (K.Lumpur), Mat Saiful Mohamad (P.Pinang), Yusri Dermaraju (N.Sembilan) dan Suazman Ariffin (Polis).

``Hari pertama latihan hari ini (semalam) memperlihatkan kesungguhan tinggi dan potensi mereka dan saya gembira dengan apa yang mereka pamerkan,'' jelasnya.

Sehubungan itu katanya, ujian kecergasan yang akan dilakukan ke atas semua pemain hari ini akan menentukan sejauh mana persediaan mereka memenuhi panggilan mewakili negara kali ini.

Latihan pusat skuad Olimpik negara ini akan berlangsung dari 10 April hingga penghujung bulan ini.

Selain mencari gandingan terbaik, Allan turut mengatur perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan Jordan pada 25 dan 28 April ini.

Manakala perlawanan persahabatan di Bangkok dari 15-21 April ini terpaksa dibatalkan kerana ancaman Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS).

Malaysia akan memulakan cabaran di pusingan kedua kelayakan Olimpik dengan menentang pemenang pusingan pertama antara India dan Turkmenistan.

Perlawanan pertama pusingan kedua itu akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 3 Mei manakala perlawanan kedua pada 7 Jun

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2nRlWkt Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Allan senarai enam muka baru

Sekianlah artikel Allan senarai enam muka baru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Allan senarai enam muka baru dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/allan-senarai-enam-muka-baru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Allan senarai enam muka baru"

Catat Ulasan

Loading...