Loading...

Amah terlepas hukuman mati selepas dimaafkan bapa mangsa

Loading...
Amah terlepas hukuman mati selepas dimaafkan bapa mangsa - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amah terlepas hukuman mati selepas dimaafkan bapa mangsa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amah terlepas hukuman mati selepas dimaafkan bapa mangsa
link : Amah terlepas hukuman mati selepas dimaafkan bapa mangsa

Baca juga


Amah terlepas hukuman mati selepas dimaafkan bapa mangsa


Jakarta: Seorang amah warga Indonesia yang dituduh membunuh anak majikannya di Arab Saudi terlepas hukuman mati selepas bapa mangsa membuat kejutan dengan memaafkan wanita itu.

Masamah Raswa Sanusi berdepan hukuman pancung selepas didakwa membunuh anak majikannya yang berusia 11 bulan di Tabuk pada 2009. 

Wanita yang berasal dari Cirebon ini mengaku tidak bersalah membunuh bayi berkenaan ketika dibicarakan di sebuah mahkamah di Tabuk. 

Sepanjang perbicaraan berlangsung keluarga bayi itu tetap menuntut Masamah dihukum mati walaupun pihak kedutaan Indonesia merayu mereka memaafkannya.

Pegawai di Pejabat Konsular Indonesia di Jeddah, Rahmat Aming memberitahu, dalam pembicaraan pada Isnin lalu, hakim sepatutnya membacakan hukuman terhadap Masamah tetapi ditangguhkan apabila bapa mangsa tiba-tiba bangun. 

Tanpa diduga lelaki itu yang dikenali sebagai Ghalib mengangkat tangan dan terus menangis teresak-esak. 

“Saya dengan ini memaafkan Masamah kerana mengharapkan pahala daripada Allah,” katanya dengan suara tersekat-sekat. 

Hakim yang terkejut sekali lagi meminta kepastian daripada Ghalib. 

Ghalib sekali lagi memberitahu dia sedar dan penuh ikhlas memaafkan Masamah tanpa sebarang syarat. 

“Saya hanya mengharapkan kebaikan untuk keluarga saya dan Masamah,” katanya. Mahkamah kemudian menerima pengampunan daripada Ghalib. 

Masamah dijangka dibebaskan tidak lama lagi. – Agensi/HMetro


Demikianlah Artikel Amah terlepas hukuman mati selepas dimaafkan bapa mangsa

Sekianlah artikel Amah terlepas hukuman mati selepas dimaafkan bapa mangsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amah terlepas hukuman mati selepas dimaafkan bapa mangsa dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/amah-terlepas-hukuman-mati-selepas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Amah terlepas hukuman mati selepas dimaafkan bapa mangsa"

Catat Ulasan

Loading...