Loading...

Asri Lega Persiapan Lancar Temu Sabah

Loading...
Asri Lega Persiapan Lancar Temu Sabah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Asri Lega Persiapan Lancar Temu Sabah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Asri Lega Persiapan Lancar Temu Sabah
link : Asri Lega Persiapan Lancar Temu Sabah

Baca juga


Asri Lega Persiapan Lancar Temu Sabah

MOHD Asri Ninggal. – Foto Iqmal Haqim Rosman

SEREMBAN: Mohd Asri Ninggal tampak lega dengan persiapan skuad Negeri Sembilan (NS) menjelang aksi suku akhir pertama Piala FA bertemu Sabah di Stadium Likas, Sabtu ini.

Malah, sepanjang tempoh rehat hampir sebulan tanpa perlawanan jelas dimanfaatkan dengan baik pemainnya apabila menang 4-1 dalam aksi persahabatan menentang PKNS FC, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, minggu lalu.

Namun, ketua jurulatih Negeri Sembilan itu pantas mengingatkan anak buahnya supaya lebih waspada kerana Sabah adalah pasukan yang liat untuk ditewaskan terutama ketika beraksi di gelanggang sendiri.

Bagi pengendali itu, rekod kemenangan yang dicapai ke atas Sabah pada aksi pembukaan Liga Perdana sebelum ini tidak boleh dijadikan ukuran untuk mereka meraih kemenangan mudah.

“Walaupun kita pernah menang bertemu Sabah, tetapi ia tidak sama bagi pertemuan peringkat kalah mati. Kami akan beraksi di gelanggang lawan dan pemain perlu berhati-hati dengan strategi lawan.

“Perubahan kejurulatihan yang dilakukan dalam pengurusan Sabah juga tampak memberi kesan pasukan mereka.

“Kami perlu menghormati lawan dan paling penting pemain perlu kekalkan disiplin tinggi serta memberi tumpuan sepenuhnya kepada permainan sendiri. Mereka perlu berusaha menterjemahkan strategi untuk pastikan kita meraih kemenangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penganugerahan Pemain Terbaik Bulanan 2017 oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3, hari ini.

Ayam tambatan skuad Hobin Jang Hobin itu – Bruno Suzuki menerima anugerah berkenaan bagi bulan Februari 2017.

Mohd Asri mengakui pemilihan Suzuki sebagai pemain terbaik bulanan sebagai suatu pengiktirafan kepada pasukannya kerana ia adalah usaha serta kerjasama padu sebagai satu pasukan.

“Saya harap anugerah itu dapat memberi motivasi dan semangat baharu kepada semua pemain untuk memberikan persembahan lebih baik dan mantap pada pertemuan menentang Sabah nanti,” katanya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ouLPDE

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Asri Lega Persiapan Lancar Temu Sabah

Sekianlah artikel Asri Lega Persiapan Lancar Temu Sabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Asri Lega Persiapan Lancar Temu Sabah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/asri-lega-persiapan-lancar-temu-sabah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Asri Lega Persiapan Lancar Temu Sabah"

Catat Ulasan

Loading...