Loading...

Badminton: Malaysia Gagal Tempatkan Diri Selaku Penganjur Tahap Dua

Loading...
Badminton: Malaysia Gagal Tempatkan Diri Selaku Penganjur Tahap Dua - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Badminton: Malaysia Gagal Tempatkan Diri Selaku Penganjur Tahap Dua, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Badminton: Malaysia Gagal Tempatkan Diri Selaku Penganjur Tahap Dua
link : Badminton: Malaysia Gagal Tempatkan Diri Selaku Penganjur Tahap Dua

Baca juga


Badminton: Malaysia Gagal Tempatkan Diri Selaku Penganjur Tahap Dua

KUALA LUMPUR: Malaysia gagal menempatkan diri selaku penganjur kejohanan badminton antarabangsa tahap dua apabila tersingkir daripada tiga pencalonan lain, iaitu China, Indonesia dan Seluruh England yang membabitkan hadiah kemenangan berjumlah USD1 juta (RM4.4 juta).

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mendapati Malaysia masih belum layak muncul selaku penganjur kejohanan antabangsa kedua tertinggi dan antara yang paling lumayan dalam penstrukturan baru kejohanan dalam satu pengumuman yang dibuat hari ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund, menegaskan Malaysia masih boleh membida untuk menganjurkan kejohanan tahap dua ini dalam tempoh empat tahun dari sekarang.

“Malaysia menganjurkan kejohanan yang banyak dalam struktur terbaru ini dan masih mengekalkan kedudukan di tahap tertinggi,” jelas Lund.

Sementara itu, Pengurus Besar, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Lawrence Chew, akur dengan keputusan BWF.

“Kita perlu menerima keputusan ini, hari ini kamu cuba membuktikan bahawa kita mampu menjadi negara penganjur bertaraf dunia.

“Sejak saya tiba di Malaysia, kami telah melakukan pelbagai aspek baru tetapi ia perlu masa,” katanya.

Penstrukturan baru ini yang bakal bermula tahun hadapan menyakskan kejohanan tahap satu penutup musim menawarkan hadiah wang tunai USD1.5 juta (RM6.6 juta).

Selain itu, BWF turut menyenaraikan kejohanan pada tahap tiga, empat dan lima berdasarkan jumlah hadiah kemenangan yang ditawarkan.

Sementara itu, Pengurusi Suruhanjaya Atlet BWF, Yuhan Tan, menegaskan isu membabitkan kemunculan semula pemain yang telah mengumumkan persaraan masih dalam perbincangan.

“Ini tentang mencari jalan terbaik di antara BWF dan atlet. Kami sudah mengadakan perbincangan tentang banyak perkara. Ini juga antara perkara yang perlu diperhalusi,” katanya.

Terdahulu, timbul ura-ura menyebut mana-mana pemain yang mahu membuat kemunculan semula selepas persaraan perlu membayar denda yang melibatkan jumlah lima angka.

Ketika diajukan persoalan ini, Lund, menegaskan khabar angin itu tidak berasas.

“Khabar angin itu tidak betul. Ia hanya melibatkan peraturan penjelasan yang berkaitan dengan sistem di mana ia bukan masalah untuk pemain tidak beraksi meskipun tersenarai dalam satu kejohanan,” tegasnya.

Pada masa sama, Presiden BWF, Paul Erik Hoyer Larsen, berkata dia tidak dapat memberi sebarang pandangan ekoran tidak dibenarkan menjadi sebahagian daripada perbincangan tersebut kerana Denmark turut terlibat dalam isu itu.

“Saya tidak dapat menjadi sebahagian daripada perbincangan kerana ia juga melibatkan Denmark. Ketika itu saya berada di luar bilik mesyuarat.”

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nohhXm

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Badminton: Malaysia Gagal Tempatkan Diri Selaku Penganjur Tahap Dua

Sekianlah artikel Badminton: Malaysia Gagal Tempatkan Diri Selaku Penganjur Tahap Dua kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Badminton: Malaysia Gagal Tempatkan Diri Selaku Penganjur Tahap Dua dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/badminton-malaysia-gagal-tempatkan-diri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Badminton: Malaysia Gagal Tempatkan Diri Selaku Penganjur Tahap Dua"

Catat Ulasan

Loading...