Loading...
Judul : Bekas AJK Pergerakan Puteri bakal diumum Ketua Srikandi Bersatu
link : Bekas AJK Pergerakan Puteri bakal diumum Ketua Srikandi Bersatu
Bekas AJK Pergerakan Puteri bakal diumum Ketua Srikandi Bersatu
DALIA ISMAILPerkara ini disahkan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun dalam sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi parti itu semalam, beliau enggan menamakan siapa Ketua Srikandi bakal diumumkan parti itu.
Namun desas desus mengenai usahawan wanita muda ini yang bakal mengetuai Srikandi sudah tersebar di kalangan ahli parti dikhabarkan sejak beberapa bulan lalu kerana Rina sudahpun menjalankan tugasnya untuk menyenaraikan barisan Exco Srikandi di peringkat pusat dan negeri.
Seperti kata Muhyiddin," beliau telah menjalankan tugas menamakan sesiapa yang sesuai untuk jadi ahli exco Srikandi pusat.
"Ahli Srikandi sebahagian sudah tahu (ketua ) atas sebab tertentu kita umumkan dengan pelantikan seluruh negeri..kita akan beritahu kemudian," ujarnya.
Rina turut kelihatan di ibu pejabat Bersatu (gambar ) selepas dipercayai turut menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi parti itu semalam.
Rina adalah bekas Ketua Puteri Umno Bahagian Sepang (2004-2007) dan pernah menang bertanding bagi kerusi AJK Pergerakan Puteri (2009-2011) juga dilantik mengetuai Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Puteri.
Dalam Bersatu, Rina juga akan dilantik sebagai Ketua Srikandi Negeri Selangor dan Ketua Srikandi Bahagian Sepang.
Jawatan Ketua Srikandi dalam Bersatu menimbulkan konflik apabila Anina Saadudin antara tujuh pengasas dan pengerak awal parti itu tidak dilantik ke jawatan itu sebaliknya, Anina secara rasmi diumumkan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
"Untuk Srikandi PPBM, anda tahu bahawa sayap Srikandi itu begitu dekat di hati saya.
Sebagai satu-satunya pengasas parti dari kalangan wanita sudah pastilah saya sangat berkehendakkan supaya sayap yang saya usulkan sendiri untuk ditukarkan namanya sebagai sayap Srikandi ini akan terbang tinggi menjadi tulang belakang PPBM bagi menempuh PRU14.
"Saya penuh percaya bahawa Ketua Sayap baharu ini serta barisan kepimpinannya di peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan akan menjadi nadi kekuatan utama segala jentera parti pada PRU14 nanti.
"Yakinlah bahawa pucuk pimpinan parti cukup arif dalam menganalisa ciri-ciri serta kredibiliti Ketua Srikandi PPBM," ujar Anina yang berpesan agar semua ahli dalam parti itu memberikan taat setia serta sokongan kepada bakal Ketua Srikandi yang akan diumumkan nanti walaupun tidak didedahkan nama Ketua Srikandi itu.
Salah seorang Ahli MPT Bersatu yang ditemui juga tidak menafikan bahawa Rina bakal diumumkan untuk menerajui Srikandi Bersatu.
Demikianlah Artikel Bekas AJK Pergerakan Puteri bakal diumum Ketua Srikandi Bersatu
Sekianlah artikel Bekas AJK Pergerakan Puteri bakal diumum Ketua Srikandi Bersatu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bekas AJK Pergerakan Puteri bakal diumum Ketua Srikandi Bersatu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/bekas-ajk-pergerakan-puteri-bakal.html
0 Response to "Bekas AJK Pergerakan Puteri bakal diumum Ketua Srikandi Bersatu"
Catat Ulasan