Loading...

Bina Sebuah Rumah Dalam Masa 24 Jam Aje!

Loading...
Bina Sebuah Rumah Dalam Masa 24 Jam Aje! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bina Sebuah Rumah Dalam Masa 24 Jam Aje!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bina Sebuah Rumah Dalam Masa 24 Jam Aje!
link : Bina Sebuah Rumah Dalam Masa 24 Jam Aje!

Baca juga


Bina Sebuah Rumah Dalam Masa 24 Jam Aje!


MOSCOW – Usaha pembinaan sebuah rumah lazimnya memakan masa yang agak lama dan prosesnya juga rumit waima bersaiz kecil, tetapi itu cerita teknologi dahulu!

Sekarang dengan kewujudan teknologi canggih mesin pencetak secara tiga dimensi atau 3D, percaya atau tidak, sebuah rumah sebenarnya boleh dibina hanya dalam tempoh 24 jam sahaja!

Menurut laporan laman berita Metro, Apis Cor, iaitu sebuah firma yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), berjaya membina sebuah rumah seluas 400 kaki persegi dalam tempoh sehari.

Ia merupakan syarikat pertama yang berjaya membangunkan mesin pencetak 3D mudah alih, sekali gus boleh mencetak sebuah bangunan di lokasi yang dikehendaki. Canggih bukan!

Rumah sebuah, yang berbentuk ibarat igloo masyarakat Eskimo di kawasan pedalaman Kutub Utara; seperti yang boleh dilihat ini, telah dibina berdekatan dengan di ibu kota Rusia, Moscow.

Menurut syarikat itu, bahan-bahan yang digunakan malah boleh bertahan sekurang-kurangnya 175 tahun, dan hanya berharga AS$10,134 (kira-kira RM44,969) – termasuk kos segala kelengkapan asas.

Tidak keterlaluan jika dikatakan ini satu pelaburan sungguh berbaloi kerana bangunan boleh dicetak dalam apa juga bentuk dan saiz. Satu-satunya hambatan pada rekaan sedemikian adalah “hukum asas fizik”.

Apis Cor menyatakan ini adalah kali pertama dalam amalan pembinaan di Rusia, cetakan dibuat sebagai sebuah rumah berbanding panel-panel yang dicetak terlebih dahulu sebelum dipasang kemudian.

Bahagian dalaman bangunan kediaman comel itu pula bahkan kelihatan agak luas. Terdapat satu ruang terbuka, tandas, rumah tamu dan dapur yang kecil tetapi berfungsi penuh cekap.

Syarikat itu menyatakan, pihaknya yakin ini adalah langkah pertama untuk ke pasaran pembinaan masa depan, yang akan tertumpu kepada teknologi cetakan 3D. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Demikianlah Artikel Bina Sebuah Rumah Dalam Masa 24 Jam Aje!

Sekianlah artikel Bina Sebuah Rumah Dalam Masa 24 Jam Aje! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bina Sebuah Rumah Dalam Masa 24 Jam Aje! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/bina-sebuah-rumah-dalam-masa-24-jam-aje.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bina Sebuah Rumah Dalam Masa 24 Jam Aje!"

Catat Ulasan

Loading...