Loading...

Boleh Sewa Rakan atau Kekasih Dengan RM210 Di Jepun

Loading...
Boleh Sewa Rakan atau Kekasih Dengan RM210 Di Jepun - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Boleh Sewa Rakan atau Kekasih Dengan RM210 Di Jepun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Boleh Sewa Rakan atau Kekasih Dengan RM210 Di Jepun
link : Boleh Sewa Rakan atau Kekasih Dengan RM210 Di Jepun

Baca juga


Boleh Sewa Rakan atau Kekasih Dengan RM210 Di Jepun


JIKA anda berdepan masalah untuk mencari rakan dalam laman sosial Facebook atau mahu membuatkan bekas kekasih anda cemburu, mungkin sebuah syarikat di Jepun boleh membantu menyelesaikan masalah itu.

Syarikat Family Romance menawarkan khidmat kawan atau kekasih palsu yang akan bergambar sama anda untuk meraih populariti dalam laman sosial.

Portal Oddity Central melaporkan, tujuan syarikat berkenaan menyediakan perkhidmatan itu bagi memastikan klien mereka berjaya dalam meneruskan hidup dengan cara mempamerkan kepalsuan dalam media sosial.

Pelanggan boleh memilih jenis 'rakan' yang dikehendaki termasuk daripada segi usia, jantina atau bentuk fizikal seperti yang disenarikan dalam laman web syarikat tersebut.

Malah mereka boleh menempah seberapa ramai rakan yang diperlukan selagi mereka menggunakan perkhidmatan itu bagi tempoh minimum dua jam dan membanyar 8,000 yen (RM210) bagi setiap kawan palsu selain menanggung kos tambahan termasuk minum, hotel, tiket perjalanan dan lain-lain.

Syarikat berkenaan juga menyediakan perkhidmatan kekasih palsu untuk pelanggan mereka sama ada mahu menunjukkan mereka sudah melupakan kisah silam, mahu memenangi semula hati bekas kekasih atau mencetuskan rasa cemburu.

Selain rakan atau kekasih, Family Romance juga menyediakan pelakon untuk memainkan watak sebagai ibu bapa, suami atau anak dengan bayaran 20,000 yen (RM700) bagi setiap watak.

Bagi pelanggan yang gilakan populariti, mereka boleh menempah segerombolan tetamu untuk menghadiri majlis perkahwinan dan pelakon tersebut akan membuatkan pelanggan mereka seolah-olah seperti individu yang popular di hadapan orang ramai. - mStar


Demikianlah Artikel Boleh Sewa Rakan atau Kekasih Dengan RM210 Di Jepun

Sekianlah artikel Boleh Sewa Rakan atau Kekasih Dengan RM210 Di Jepun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Boleh Sewa Rakan atau Kekasih Dengan RM210 Di Jepun dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/boleh-sewa-rakan-atau-kekasih-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Boleh Sewa Rakan atau Kekasih Dengan RM210 Di Jepun"

Catat Ulasan

Loading...