Loading...

Bomba dipanggil 'sejukkan' lelaki baran

Loading...
Bomba dipanggil 'sejukkan' lelaki baran - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bomba dipanggil 'sejukkan' lelaki baran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bomba dipanggil 'sejukkan' lelaki baran
link : Bomba dipanggil 'sejukkan' lelaki baran

Baca juga


Bomba dipanggil 'sejukkan' lelaki baran


KUCHING: Bomba terpaksa dipanggil bagi membantu polis 'menumpaskan' seorang lelaki kurang siuman yang dikhuatiri akan mengamuk, petang tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang di Lorong 2, Jalan Datuk Haji Hamdan, di sini, orang ramai cemas apabila lelaki berkenaan mundar mandir dengan membawa dua parang di kedua-dua tangannya. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis pada jam 3.13 petang.

Beliau berkata, sebuah jentera dengan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang dikejarkan ke tempat kejadian. 


"Setibanya di lokasi pada jam 3.18 petang anggota kami mendapati anggota polis sedang memujuk lelaki berkenaan," katanya. 

Bagaimanapun, lelaki itu terus menggenggam parang sehingga memaksa anggota bomba melepaskan pancutan air ke tangannya menyebabkan parang terlepas dari pegangan. 

"Anggota polis kemudiannya bertindak pantas menahan lelaki berkenaan dan insiden itu berjaya diselesaikan. 

"Lelaki berkenaan kemudiannya ditahan polis untuk tindakan lanjut," katanya. - BHonline


Demikianlah Artikel Bomba dipanggil 'sejukkan' lelaki baran

Sekianlah artikel Bomba dipanggil 'sejukkan' lelaki baran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bomba dipanggil 'sejukkan' lelaki baran dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/bomba-dipanggil-sejukkan-lelaki-baran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bomba dipanggil 'sejukkan' lelaki baran"

Catat Ulasan

Loading...