Loading...

Bukit Kepong: Mahkamah Tinggi Kekal Keputusan Mat Sabu Bebas

Loading...
Bukit Kepong: Mahkamah Tinggi Kekal Keputusan Mat Sabu Bebas - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bukit Kepong: Mahkamah Tinggi Kekal Keputusan Mat Sabu Bebas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bukit Kepong: Mahkamah Tinggi Kekal Keputusan Mat Sabu Bebas
link : Bukit Kepong: Mahkamah Tinggi Kekal Keputusan Mat Sabu Bebas

Baca juga


Bukit Kepong: Mahkamah Tinggi Kekal Keputusan Mat Sabu Bebas

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi  Pulau Pinang hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Butterworth sebelum ini yang membebaskan bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) daripada dua pertuduhan memfitnah anggota keselamatan Bukit Kepong dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada tahun 2011.

Hakim Lim Chong Fong membuat keputusan itu selepas menolak rayuan yang dikemukakan Ketua Unit Pendakwaan Datuk Razali Che Ani  terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth pada 8 Julai yang membebaskan Mohamad Sabu terhadap pertuduhan itu.

Chong Fong dalam penghakimannya berkata, keputusan dibuat selepas meneliti semua hujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.

Katanya, apa yang disebut oleh Mat Sabu mengenai insiden Bukit Kepong itu bukan satu fitnah tetapi penulisan itu telah ditokok tambah dan disensasikan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Tambahnya, tiada sebarang kecacatan dalam keputusan yang dibuat Mahkamah Sesyen terhadap kes berkenaan.

Sementara itu, Mat Sabu ketika ditemui di luar mahkamah berkata beliau berterima kasih kepada peguamnya Mohamed Hanipa Maidin.

“Saya sangat berterima kasih kepada barisan para peguam dan orang ramai yang memberi sokongan terutama sekali isu ucapan saya itu menjadi sensasi seperti yang disebut oleh hakim tadi,” katanya kepada wartawan di sini hari ini.

Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Feb 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor dekat sini pada 21 Ogos 2011.

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta anggota keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2og3keG

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Bukit Kepong: Mahkamah Tinggi Kekal Keputusan Mat Sabu Bebas

Sekianlah artikel Bukit Kepong: Mahkamah Tinggi Kekal Keputusan Mat Sabu Bebas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bukit Kepong: Mahkamah Tinggi Kekal Keputusan Mat Sabu Bebas dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/bukit-kepong-mahkamah-tinggi-kekal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bukit Kepong: Mahkamah Tinggi Kekal Keputusan Mat Sabu Bebas"

Catat Ulasan

Loading...