Loading...

Debat Dr M-Nazri: Polis Tidak Terima Permohonan Permit

Loading...
Debat Dr M-Nazri: Polis Tidak Terima Permohonan Permit - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Debat Dr M-Nazri: Polis Tidak Terima Permohonan Permit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Debat Dr M-Nazri: Polis Tidak Terima Permohonan Permit
link : Debat Dr M-Nazri: Polis Tidak Terima Permohonan Permit

Baca juga


Debat Dr M-Nazri: Polis Tidak Terima Permohonan Permit

IPOH: Polis Perak tidak menerima sebarang permohonan rasmi untuk menganjurkan majlis perdebatan antara bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dirancang minggu depan.

Pemangku Ketua Polis Negeri, Datuk Hasnan Hassan berkata setakat ini tiada pihak memohon permit perhimpunan untuk majlis berkenaan yang dilaporkan akan berlangsung pada pukul 3 petang di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar pada 25 Mac ini.

“Sekiranya ia berlangsung tanpa kebenaran polis, maka ia menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sekolah adalah kawasan larangan mengikut Jadual Pertama Seksyen 3 APA 2012.

Justeru, katanya, polis boleh mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menghadiri majlis itu kerana berhimpun di tempat larangan dan tanpa kebenaran di bawah Seksyen 9(5) APA 2012.

Hasnan berkata adalah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman penduduk setempat sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai.

Menurutnya, pihak polis mengingatkan dan memberi amaran keras kepada orang ramai sekiranya mereka terlibat dalam perhimpunan itu, tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

Media baru-baru ini melaporkan, Mohamed Nazri, yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas, mengesahkan untuk berdebat dengan Dr Mahathir, iaitu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Dalam laporan itu, Mohamed Nazri berkata beliau akan berdebat mengenai isu berbangkit dalam negara seperti skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan pihaknya tidak meletakkan sebarang syarat atau terma tertentu dalam penganjuran debat itu.

Beliau turut memberi jaminan bahawa perdebatan itu akan berlangsung dalam suasana aman dan harmoni.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nL8tHv

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Debat Dr M-Nazri: Polis Tidak Terima Permohonan Permit

Sekianlah artikel Debat Dr M-Nazri: Polis Tidak Terima Permohonan Permit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Debat Dr M-Nazri: Polis Tidak Terima Permohonan Permit dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/debat-dr-m-nazri-polis-tidak-terima.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Debat Dr M-Nazri: Polis Tidak Terima Permohonan Permit"

Catat Ulasan

Loading...