Loading...

Debat Dr Mahathir-Nazri: UMNO Padang Rengas Diarah Mohon Permit Polis

Loading...
Debat Dr Mahathir-Nazri: UMNO Padang Rengas Diarah Mohon Permit Polis - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Debat Dr Mahathir-Nazri: UMNO Padang Rengas Diarah Mohon Permit Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Debat Dr Mahathir-Nazri: UMNO Padang Rengas Diarah Mohon Permit Polis
link : Debat Dr Mahathir-Nazri: UMNO Padang Rengas Diarah Mohon Permit Polis

Baca juga


Debat Dr Mahathir-Nazri: UMNO Padang Rengas Diarah Mohon Permit Polis

KAMPAR: UMNO Bahagian Padang Rengas diarah membuat permohonan polis bagi mendapatkan permit untuk majlis perdebatan antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dijadual minggu depan.

Mohamed Nazri yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas berkata beliau mengarahkan Setiausaha UMNO Bahagian Padang Rengas bagi mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa hari ini.

Selain itu, Mohamed Nazri berkata majlis debat itu tidak ada kena mengena dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) kerana penganjurannya adalah untuk tujuan wacana.

“Program ini tidak ada kena mengena dengan Akta Perhimpunan Aman kerana kita bukan adakan demonstrasi.

“Saya yang bentang akta ini (APA 2012) saya tahu…apa yang kita nak adakan ini wacana bukan demonstrasi. Kalau demonstrasi memang di bawah Akta Perhimpunan Aman,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan Kerja Menteri Pelancongan dan Kebudayaan di Tapak Perang Dunia Kedua “Battel of Kampar” di sini hari ini.

BACA: Debat Dr M-Nazri: Polis tidak terima permohonan permit

BACA: Apa intipati debat Tun Mahathir-Nazri Aziz?

BACA: Debat Tun Mahathir-Nazri Aziz 25 Mac ini di Padang Rengas

Pemangku Ketua Polis Negeri Datuk Hasnan Hassan sebelum itu berkata setakat ini tiada pihak memohon permit perhimpunan untuk majlis berkenaan yang dilaporkan akan berlangsung pada pukul 3 petang di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar 25 Mac ini.

“Sekiranya ia berlangsung tanpa kebenaran polis, maka ia menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012),” katanya dalam kenyataan pagi tadi sambil menambah bahawa sekolah adalah kawasan larangan mengikut Jadual Pertama Seksyen 3 APA 2012.

Justeru, katanya, polis boleh mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menghadiri majlis itu kerana berhimpun di tempat larangan dan tanpa kebenaran di bawah Seksyen 9(5) APA 2012.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas meminta penyokong Barisan Nasional supaya tidak menghadiri wacana itu bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Nama saya Nazri saya tidak pernah lari dan berbahas bukan perkara baharu kepada saya sejak tahun 2001 saya sudah berbahas dengan banyak pihak termasuk (Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata beliau sentiasa menghormati Dr Mahathir sebagai bekas pemimpin negara, namun sebagai sebahagian daripada kerajaan, beliau perlu menjawab segala tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mzkuPt

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Debat Dr Mahathir-Nazri: UMNO Padang Rengas Diarah Mohon Permit Polis

Sekianlah artikel Debat Dr Mahathir-Nazri: UMNO Padang Rengas Diarah Mohon Permit Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Debat Dr Mahathir-Nazri: UMNO Padang Rengas Diarah Mohon Permit Polis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/debat-dr-mahathir-nazri-umno-padang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Debat Dr Mahathir-Nazri: UMNO Padang Rengas Diarah Mohon Permit Polis"

Catat Ulasan

Loading...