Loading...

Exco: Pawagam kena gelap, berilah Terengganu sedikit hiburan

Loading...
Exco: Pawagam kena gelap, berilah Terengganu sedikit hiburan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Exco: Pawagam kena gelap, berilah Terengganu sedikit hiburan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Exco: Pawagam kena gelap, berilah Terengganu sedikit hiburan
link : Exco: Pawagam kena gelap, berilah Terengganu sedikit hiburan

Baca juga


Exco: Pawagam kena gelap, berilah Terengganu sedikit hiburan

KUALA TERENGGANU, 30 Mac — Kerajaan negeri sedia mempertimbang cadangan wakil rakyat PAS agar ruang khas untuk keluarga disediakan dalam panggung wayang di PB Sentral di sini bagi membolehkan pengasingan penonton lelaki dan wanita dilakukan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Mohd Jidin Shafie berkata walaupun cadangan itu agak ‘membebankan’ pengusaha panggung wayang tersebut, pihaknya akan cuba melihat kesesuaiannya.

“Sejak dilancarkan pada 18 Mac lalu, sambutan orang ramai sangat memberangsangkan. Saya dimaklumkan banyak tayangan filem yang penuh panggung, ini bagus untuk hiburan seisi keluarga.

“Kita kena ingat, tak semestinya yang datang tu belia sahaja, anak-anak dan ibu bapa, adik beradik pun datang tengok juga.

“Tak semestinya akan berlaku masalah sosial ni, tapi tak apalah kita tengok nanti bagaimana boleh buat tambah baik,” katanya ketika menggulung titah ucapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan DUN di sini hari ini.

Beliau mengulas isu dibangkitkan Ariffin Deraman (PAS-Alor Limbat) yang mahu kerajaan negeri mengasingkan penonton lelaki dan wanita dalam panggung wayang.

Panggung wayang di PB Sentral yang dikendalikan oleh Lotus Fivestar Cinemas (M) Sdn Bhd bermula 18 Mac lalu menyediakan 11 dewan yang akan dibuka secara berperingkat.

Mohd Jidin yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri berkata ketika ini kamera litar tertutup (CCTV) memang sudah dipasang di beberapa kawasan sesuai di sekitar panggung tersebut untuk tujuan keselamatan pengunjung.

“Alor Limbat kata pastikan panggung wayang ni dalam cerah. Nak tengok wayang memang lah kena gelap sebab cahaya skrin pun dah cerah.

“Kerajaan negeri ambil maklum juga bahawa panggung wayang ini tidak akan beroperasi pada hari-hari kebesaran dalam Islam.

“Ia hanyalah sekadar tempat hiburan untuk seisi keluarga. Biarlah ada sedikit hiburan di Terengganu ini yang sesuai dalam penerimaan rakyat negeri ini,” katanya.

Tambahnya operasi panggung wayang itu tertakluk kepada peraturan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002 serta Kaedah-kaedah Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2003.

 

Sumber :
– http://ift.tt/1aoZXzE

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nRWxqP

✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Exco: Pawagam kena gelap, berilah Terengganu sedikit hiburan

Sekianlah artikel Exco: Pawagam kena gelap, berilah Terengganu sedikit hiburan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Exco: Pawagam kena gelap, berilah Terengganu sedikit hiburan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/exco-pawagam-kena-gelap-berilah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Exco: Pawagam kena gelap, berilah Terengganu sedikit hiburan"

Catat Ulasan

Loading...