Loading...

Gol Tunggal Mata Bantu Kemaraan United

Loading...
Gol Tunggal Mata Bantu Kemaraan United - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gol Tunggal Mata Bantu Kemaraan United, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gol Tunggal Mata Bantu Kemaraan United
link : Gol Tunggal Mata Bantu Kemaraan United

Baca juga


Gol Tunggal Mata Bantu Kemaraan United

PEMAIN tengah Manchester United, Juan Mata meraikan kemenangan gol tunggal yang dijaringkan ketika menempah slot suku akhir Liga Europa, awal pagi tadi. Perlawanan antara Manchester United menentang FC Rostov di stadium Old Trafford, Manchester. – Foto AFP

MANCHESTER: Juan Mata meledak gol tunggal perlawanan untuk memastikan kemenangan 1-0 Manchester United ke atas FC Rostov, sekali gus menempah slot suku akhir Liga Europa, awal pagi tadi.

Jaringan itu terhasil hanya 20 minit sebelum perlawanan berakhir untuk melengkapkan kemaraan United menerusi kemenangan 2-1 secara agregat dan membawa kelab itu peringkat lapan terakhir kejohanan berkenaan buat kali pertama sejak 1985.

Bagaimanapun, kejayaan itu turut dibayangi kecederaan hamstring yang dialami pemain termahal dunia, Paul Pogba, pada awal babak kedua.

Skuad kendalian Jose Mourinho kini memburu trofi seterusnya selepas menjulang Piala Liga yang dimenangi bulan lalu dan kemenangan menjadi suntikan semangat selepas tewas 1-0 kepada Chelsea pada saingan Piala FA.

Pada perlawanan itu, lawan dari Russia jelas degil ketika mempertahankan gawang mereka daripada dibolosi.

Selepas beberapa percubaan digagalkan, United akhir memecahkan kebuntuan pada minit ke-70 selepas Mata menyempurnakan hantaran lintang Henrikh Mkhitaryan.

Lawan United yang tidak pernah memenangi trofi Liga Europa sebelum ini akan diketahui selepas sesi undian peringkat suku akhir dijalankan hari ini di Nyon, Switzerland.

Antara ancaman terbesar United di peringkat seterusnya ialah kelab Jerman, Schalke yang mara selepas menyingkirkan kelab senegara, Borussia Moenchengladbach menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas terikat 3-3 secara agregat.

Kelab Perancis, Lyon juga mara dengan menyingkirkan kelab Itali, Roma 5-4 secara agregat sekali pun tewas 2-1 di laman lawan.

Melengkapkan tempat ke suku akhir ialah kelab Belgium, Genk, Celta Vigo, Anderlecht, Ajax dan Besiktas. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n4pKi7

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Gol Tunggal Mata Bantu Kemaraan United

Sekianlah artikel Gol Tunggal Mata Bantu Kemaraan United kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gol Tunggal Mata Bantu Kemaraan United dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/gol-tunggal-mata-bantu-kemaraan-united.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Gol Tunggal Mata Bantu Kemaraan United"

Catat Ulasan

Loading...