Loading...

Harimau Senyum Terpaksa Diturunkan Kerana Jadi Bahan Jenaka

Loading...
Harimau Senyum Terpaksa Diturunkan Kerana Jadi Bahan Jenaka - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Harimau Senyum Terpaksa Diturunkan Kerana Jadi Bahan Jenaka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harimau Senyum Terpaksa Diturunkan Kerana Jadi Bahan Jenaka
link : Harimau Senyum Terpaksa Diturunkan Kerana Jadi Bahan Jenaka

Baca juga


Harimau Senyum Terpaksa Diturunkan Kerana Jadi Bahan Jenaka


BANDUNG – Binaan patung harimau di sebuah kem komando di Cisewu di sini yang tidak menampakkan sifat garang haiwan itu hingga menjadi bahan jenaka telah menyebabkan ia terpaksa diturunkan.

Pihak Tentara Nasional Indonesia memutuskan untuk menurunkan patung harimau yang telah enam tahun diletakkan di atas papan tanda kem itu selepas ia menjadi bahan lawak menerusi media sosial tempatan.

Ramai netizen menganggap harimau itu kelihatan seolah-olah tersenyum lebar, sekali gus tidak melambangkan perwatakan mamalia tersebut dengan imej keberanian dan ketangkasan.

Ramai pengguna media sosial menganggap patung harimau itu lucu dan sehingga ada menggelarnya ‘harimau yang paling bahagia di dunia.’

“Kepala saya sakit kerana menahan ketawa apabila melihat beberapa gambar jenaka harimau itu,” kata seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Galcit.

Sementara itu, jurucakap tentera, Mokhamad Desi Arianto berkata, pihaknya bertindak selepas patung itu dikritik hebat di media sosial.

“Apabila seseorang mengkritik patung itu kerana kelihatan lucu kami tidak boleh tidak mengendahkannya,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga memutuskan untuk membina maskot harimau yang baharu dan garang bagi menggantikan patung lama itu.

Bagaimanapun, tindakan pihak tentera menurunkan patung harimau itu juga telah menyebabkan pengguna sosial mengganggap pasukan keselamatan itu terlalu sensitif kerana tidak dapat menerima gurauan di Internet.- AFP


Demikianlah Artikel Harimau Senyum Terpaksa Diturunkan Kerana Jadi Bahan Jenaka

Sekianlah artikel Harimau Senyum Terpaksa Diturunkan Kerana Jadi Bahan Jenaka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Harimau Senyum Terpaksa Diturunkan Kerana Jadi Bahan Jenaka dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/harimau-senyum-terpaksa-diturunkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Harimau Senyum Terpaksa Diturunkan Kerana Jadi Bahan Jenaka"

Catat Ulasan

Loading...