Loading...
Judul : Indra, Akmal popular di Jakarta
link : Indra, Akmal popular di Jakarta
Indra, Akmal popular di Jakarta
ARKIB : 27/12/2002
JAKARTA - Dua pemain Malaysia, Indra Putra Mahayuddin dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli kini amat popular di Indonesia selepas menunjukkan persembahan yang memberangsangkan di Singapura.
Akmal bersama Indra telah menjaringkan sejumlah lima gol daripada lapan gol yang diperoleh oleh skuad negara dalam tiga perlawanan ketika kempen peringkat Kumpulan B di Singapura.
Kepantasan Akmal membuat larian dan menggelecek telah menjadikan dia pemain yang sentiasa menyukarkan pasukan lawan.
Dan, sokongan yang diterimanya daripada Indra telah menambah tekanan kepada pemain-pemain pertahanan pasukan lawan.
Indra, yang membantu Perak menjuarai Piala Malaysia 2001, telah semakin meningkat sejak berada di bawah bimbingan jurulatih Allan Harris.
Jurulatih skuad negara ke Piala Dunia Belia, Hatem Soussi pernah berkata bahawa Akmal akan muncul sebagai pemain yang hebat.
Ulasan Hatem itu diucapkannya pada 1999 dan kini, apa yang difikirkannya telah menjadi kenyataan.
Akmal membuktikan bakatnya ketika menimba pengalaman di Perancis dengan kelab FC Strasbourg bersama seorang lagi bakat muda, Juzaili Samion.
Tahun lepas, Akmal telah membuktikan kehebatannya kepada Indonesia ketika membantu skuad negara menewaskan pasukan bawah 23 negara itu pada separuh akhir bola sepak Sukan SEA.
Dengan Akmal dan Indra berada pada tahap terbaik, pasukan Indonesia bakal menghadapi kemungkinan serupa. - Utusan
SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2njGPm8
© Utusan Melayu (M) Bhd
Demikianlah Artikel Indra, Akmal popular di Jakarta
Sekianlah artikel Indra, Akmal popular di Jakarta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Indra, Akmal popular di Jakarta dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/indra-akmal-popular-di-jakarta.html
0 Response to "Indra, Akmal popular di Jakarta"
Catat Ulasan