Loading...

Isteri terkejut lihat video seks suami dengan anak tiri

Loading...
Isteri terkejut lihat video seks suami dengan anak tiri - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isteri terkejut lihat video seks suami dengan anak tiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isteri terkejut lihat video seks suami dengan anak tiri
link : Isteri terkejut lihat video seks suami dengan anak tiri

Baca juga


Isteri terkejut lihat video seks suami dengan anak tiri

NILAI – Perbuatan terkutuk ayah tiri memadu kasih dengan anak akhirnya terbongkar selepas isterinya menemui rakaman video seks menerusi kad memori milik suaminya.

Rakaman video seks berkenaan ditemui di dalam beg suaminya yang ditinggalkan di atas meja ketika pergi bekerja.

Ekoran penemuan rakaman video seks itu, ibu mangsa, 40, telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, pihaknya telah melakukan tangkapan terhadap suspek berusia 40 yang merupakan ayah tiri mangsa.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai peniaga dan berketurunan Kadazan itu ditahan di rumahnya di Bandar Baru Nilai, di sini, semalam.

“Hasil siasatan mendapati suspek telah menjalinkan hubungan dengan anak tirinya yang berusia 20 tahun sejak tahun lepas.

“Mangsa merupakan anak kedua daripada lima beradik dan telah berhenti sekolah hingga tingkatan dua sahaja. Mangsa berhenti kerana tidak minat belajar dan kini tidak bekerja,” katanya lapor Sinar Harian.

Menurutnya, ibu mangsa sudah lama syak sesuatu selepas anak-anak yang lain memberitahu ganjil dengan sikap suspek dan mangsa namun tiada sebarang bukti ditemui.

“Ibu mangsa pernah bertanya kepada suspek dan mangsa tetapi masing-masing menafikan.

“Apabila kad memori dijumpai, ibu mangsa telah terlihat rakaman video seks antara suami dan anaknya dan video itu dijadikan sebagai bahan bukti,” katanya.

Zaldino berkata, mangsa tidak pernah menceritakan kepada sesiapa kerana takut suspek akan meninggalkan ibunya dan membawa adik-adik jauh dari keluarga.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,”katanya.


Demikianlah Artikel Isteri terkejut lihat video seks suami dengan anak tiri

Sekianlah artikel Isteri terkejut lihat video seks suami dengan anak tiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isteri terkejut lihat video seks suami dengan anak tiri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/isteri-terkejut-lihat-video-seks-suami.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Isteri terkejut lihat video seks suami dengan anak tiri"

Catat Ulasan

Loading...