Loading...
Judul : Jong-nam bawa RM500,000 dan emas semasa dibunuh
link : Jong-nam bawa RM500,000 dan emas semasa dibunuh
Jong-nam bawa RM500,000 dan emas semasa dibunuh
KUALA LUMPUR: China Press melaporkan, meski membawa wang AS$120,000 (RM534,000), emas dan dokumen penting, barangan milik mendiang Kim Jong-nam tidak menjadi sasaran untuk dirompak oleh pembunuh.
Jong-nam membawa 1,200 wang kertas AS$100 semasa Siti Asiyah warga Indonesia dan Doan warga Vietnam membunuhnya.
Pembunuhan berlaku ketika mendiang menunggu penerbangan pulang ke Macau, China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara itu dilaporkan turut membawa barangan emas dan dokumen.
Media melaporkan identiti Kim Jong-nam disahkan oleh polis melalui DNA yang diperoleh daripada anaknya.
Selain itu, tahi lalat pada muka, tatu pada perut, selain seutas rantai emas berserta loket terukir gambar Jong-nam, isteri dan anak turut mengesahkan identiti mangsa.
Sebelum ini Pyongyang mendakwa, mangsa sememangnya lelaki warga Korea Utara sebagaimana tertera pada dokumen mangsa dengan nama Kim Chol serta didakwa menghidap sakit jantung.
Pyongyang menuduh Amerika Syarikat dan Korea Selatan mendalangi dakwaan bahawa abang tiri pemimpin Korea Utara itu dibunuh atas komplot adik tirinya sendiri, Kim Jong-un.
Pembunuhan Kim Jong-nam menyebabkan hubungan Malaysia-Korea Utara retak apabila Pyongyang menghalang rakyat Malaysia meninggalkan negara tersebut.
MalaysiaGazette melaporkan semula maklumat China Press, bahawa penganalisis berpendapat Malaysia akan mencari jalan menyerahkan jasad Kim Jong-nam.
Pada masa yang sama, Malaysia mahu memastikan keselamatan rakyat yang terkurung di Korea Utara.
Pensyarah universiti dan kolumnis Sinchew Daily, Wei Cheng berpendapat China bertanggungjawab membantu membaiki hubungan KL-Pyongyang. – Sarawakvoice
Demikianlah Artikel Jong-nam bawa RM500,000 dan emas semasa dibunuh
Sekianlah artikel Jong-nam bawa RM500,000 dan emas semasa dibunuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jong-nam bawa RM500,000 dan emas semasa dibunuh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/jong-nam-bawa-rm500000-dan-emas-semasa.html
0 Response to "Jong-nam bawa RM500,000 dan emas semasa dibunuh"
Catat Ulasan