Loading...
Judul : Keputusan "SPM 2016": Nilai Gred Purata Sekolah Pahang Meningkat
link : Keputusan "SPM 2016": Nilai Gred Purata Sekolah Pahang Meningkat
Keputusan "SPM 2016": Nilai Gred Purata Sekolah Pahang Meningkat
KUANTAN: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di negeri ini menunjukkan keseluruhan pencapaian calon meningkat berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu 4.88 berbanding 4.94 pada tahun sebelumnya.
Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Rosdi Ismail berkata, daripada 18,988 calon yang menduduki peperiksaan tersebut, sebanyak 30 buah sekolah mencapai keputusan membanggakan iaitu seratus peratus layak mendapat sijil.
“Mulai 2013, calon SPM wajib lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah bagi melayakkan mereka mendapat sijil. Berdasarkan keputusan, seramai 16,493 calon layak mendapat sijil.
“Daripada jumlah tersebut, seramai 269 pelajar atau 1.14 peratus memperoleh semua A iaitu A+, A dan A-,” katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abu Bakar di sini hari ini.
Yang hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah, Mohd. Razali Mustafa.
Rosdi berbangga dengan prestasi sekolah bandar dan luar bandar yang menunjukkan peningkatan dengan nilai GPS 4.56 membabitkan 18 sekolah mencapai kelulusan 100 peratus.
Antara sekolah tersebut, katanya, ialah SMK Sultan Abu Bakar yang memperoleh GPS 2.24, Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Haji Ahmad Shah di sini (2.34); SM Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan (2.36); Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Pekan (2.42) dan SMK Sulaiman di Bentong (2.50).
“Maahad Tahfiz Negeri Pahang iaitu sekolah yang dibangunkan kerajaan negeri juga kekal meneruskan kecemerlangannya dengan GPS sebanyak 1.58,” ujarnya.
Sementara itu, Rosdi berkata, pihaknya memperkenalkan satu program dikenali sebagai Program Pengupayaan Pemimpin Pendidikan Pahang bagi membantu meningkatkan kejayaan pelajar dalam peperiksaan.
“Program ini dilihat dapat membantu meningkatkan kejayaan anak-anak kita dalam mencapai keputusan cemerlang,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Keputusan "SPM 2016": Nilai Gred Purata Sekolah Pahang Meningkat
Sekianlah artikel Keputusan "SPM 2016": Nilai Gred Purata Sekolah Pahang Meningkat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Keputusan "SPM 2016": Nilai Gred Purata Sekolah Pahang Meningkat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/keputusan-spm-2016-nilai-gred-purata.html
0 Response to "Keputusan "SPM 2016": Nilai Gred Purata Sekolah Pahang Meningkat"
Catat Ulasan