Loading...
Judul : Khalid Ali: Tak Perlu Layan Pemain Tolak Peluang Bagi Wakili Negara !
link : Khalid Ali: Tak Perlu Layan Pemain Tolak Peluang Bagi Wakili Negara !
Khalid Ali: Tak Perlu Layan Pemain Tolak Peluang Bagi Wakili Negara !
Bekas pemain negara era-1970an dan 1980an, Khalid Ali berkata mereka yang menolak panggilan itu, perlu berasa kesal kerana tidak bersikap profesional dan bertanggungjawab untuk mewakili negara sebelum ini.
"Saya masih kecewa dengan tindakan pemain yang enggan beraksi di saat negara memerlukan khidmat mereka pada Kejohanan Piala AFF Suzuki 2016...mereka seolah-olah mempermainkan maruah negara," katanya.
Beliau mengulas hasrat empat tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mahu menyarung kembali jersi kebangsaan selepas berlakunya perubahan kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang kini diterajui Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Khalid berkata kualiti empat pemain itu - Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safiq Rahim, Mohd Amirulhadi Zainal dan S.Kunanlan, bukanlah yang terbaik dalam Liga Malaysia ketika ini.
Media tempatan melaporkan empat pemain itu yang sebelum ini mengumumkan persaraan pada Julai 2016, kini bersedia membuat 'pusingan U'.
Mereka dilaporkan mahu menyertai semula skuad negara selepas Tunku Ismail mengumumkan pelantikan bekas pengendali JDT, Mario Gomez sebagai ketua jurulatih skuad negara. #sumber
Demikianlah Artikel Khalid Ali: Tak Perlu Layan Pemain Tolak Peluang Bagi Wakili Negara !
Sekianlah artikel Khalid Ali: Tak Perlu Layan Pemain Tolak Peluang Bagi Wakili Negara ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Khalid Ali: Tak Perlu Layan Pemain Tolak Peluang Bagi Wakili Negara ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/khalid-ali-tak-perlu-layan-pemain-tolak.html
0 Response to "Khalid Ali: Tak Perlu Layan Pemain Tolak Peluang Bagi Wakili Negara !"
Catat Ulasan