Loading...

Khidmat 'Valet Doa' Diarah Henti Operasi

Loading...
Khidmat 'Valet Doa' Diarah Henti Operasi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khidmat 'Valet Doa' Diarah Henti Operasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khidmat 'Valet Doa' Diarah Henti Operasi
link : Khidmat 'Valet Doa' Diarah Henti Operasi

Baca juga


Khidmat 'Valet Doa' Diarah Henti Operasi

KUALA LUMPUR: Laman Facebook Valet Doa yang menawarkan perkhidmatan kiriman doa untuk dibacakan di Makkah diarah menghenti operasi mereka oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Mufti Selangor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau akaun Facebook pengasas Valet Doa.

“JAKIM menyokong apa jua tindakan yang diambil SKMM dalam membasmi aktiviti yang boleh menjejaskan kesucian umat Islam dan menimbulkan impak negatif, salah faham serta merosakkan akidah,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) mengenai tindakan kerajaan berhubung isu Valet Doa dan langkah yang diambil bagi mengatasi isu ini.

Umat Islam di negara ini turut disaran supaya memberi maklumat kepada Jabatan Agama Islam negeri dan JAKIM sekiranya terdapat kemusykilan terhadap sesuatu isu berkaitan agama bagi tindakan lanjut.

BACA: Perkhidmatan kiriman doa melalui ‘Valet Doa’ dapat kecaman orang ramai

BACA: Isu Valet Doa: Doa bukan untuk dijual beli

BACA: Jangan terpedaya pakej ‘Valet Doa’ – JAKIM

Menjawab soalan tambahan Normala berhubung individu terbabit tetap ingin meneruskan perkhidmatan tersebut kerana pihak mufti tidak mengeluarkan fatwa mengenai isu itu, Jamil Khir berkata ia tidak bermakna individu tersebut boleh meneruskan perniagaannya.

Beliau berkata jabatan mufti negeri mengambil inisiatif dan langkah proaktif yang berterusan dengan memberi nasihat dan Irsyad Hukum (Kemusykilan Agama) berkaitan larangan mempromosikan pakej tersebut.

Malah katanya, tindakan boleh diambil sekiranya individu terbabit mengingkari arahan mufti.

“Dia harus faham bahawa ada unsur-unsur yang amat tidak sihat dalam iklan (valet doa) tersebut misalnya dikenakan bayaran dari RM250 ke RM5,000 bergantung kepada tempat-tempat doa tersebut serta ada diskaun, seolah-olah doa itu akan dimakbulkan,” katanya.

Perkhidmatan Valet Doa mula tular di laman sosial selepas ramai netizen mengecam dan kesal terhadap perniagaan kiriman doa untuk dibacakan di Makkah, kononnya ditawarkan kepada mereka yang tidak mampu ke Tanah Suci.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ntSxdY

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Khidmat 'Valet Doa' Diarah Henti Operasi

Sekianlah artikel Khidmat 'Valet Doa' Diarah Henti Operasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khidmat 'Valet Doa' Diarah Henti Operasi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/khidmat-valet-doa-diarah-henti-operasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Khidmat 'Valet Doa' Diarah Henti Operasi"

Catat Ulasan

Loading...