Loading...

Kim Swee Sedia Kemungkinan Digugurkan FAM

Loading...
Kim Swee Sedia Kemungkinan Digugurkan FAM - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kim Swee Sedia Kemungkinan Digugurkan FAM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kim Swee Sedia Kemungkinan Digugurkan FAM
link : Kim Swee Sedia Kemungkinan Digugurkan FAM

Baca juga


Kim Swee Sedia Kemungkinan Digugurkan FAM

Ong Kim Swee. – Foto Osman Adnan

SHAH ALAM: Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee mengakui bersedia sekiranya aksi persahabatan dengan Filipina di Manila, Rabu ini menjadi perlawanan terakhir buatnya bersama skuad itu. 

Ia berikutan kongres pemilihan kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan berlangsung pada Sabtu ini dan terdapat kemungkinan tempatnya akan diganti dengan jurulatih lain. 

Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Melaka itu menegaskan betapa beliau tidak memikirkan soal masa depannya bersama skuad itu, namun lebih fokus kepada mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Filipina. 

“Saya tak fikirkan berkenaan semua itu, seperti mana yang saya katakan setiap presiden mahupun pengurusan baharu sudah tentu mempunyai perancangan tersendiri dan ia untuk kebaikan pasukan kebangsaan. 

“Jadi apa saja keputusan selepas pemilihan ini saya harus terima. Sama ada ini perlawanan (menentang Filipina) terakhir atau tidak, terpulang kepada pihak pengurusan. 

“Tugas saya di sini adalah memberi fokus kepada perlawanan dengan Filipina. Ya (saya sedia terima apa saja keputusan pihak pengurusan),” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Panasonic, hari ini. 

Sebelum ini, terdapat khabar angin bahawa bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez bakal menggantikan Kim Swee sekiranya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dipilih selaku presiden baharu FAM. 

Sekiranya khabar angin itu benar, ada kemungkinan perlawanan dengan Filipina menjadi aksi terakhir Kim Swee membimbing skuad itu selepas perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Korea Utara yang sepatutnya berlangsung pada 28 Mac ditunda kepada 8 Jun ini. 

Dalam pada itu, Kim Swee lega selepas dua tonggak FELDA United, Farizal Harun (penjaga gol) dan Hadin Azman (pemain tengah) sudah melapor diri bersama skuad itu semalam. 

“Perkara positif apabila mereka hadir tanpa sebarang kecederaan dan saya dilaporkan mereka melakukan sesi pemulihan selepas perlawanan di Filipina.  “

“Ini membolehkan mereka menjalani latihan seperti biasa, tapi kita harus waspada di mana mereka baharu saja selesai bermain hampir 48 jam.  

“Paling penting apabila semua pemain sudah hadir dan saya dapat melakukan banyak lagi strategi dan percaturan untuk latihan,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mQ5kai

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Kim Swee Sedia Kemungkinan Digugurkan FAM

Sekianlah artikel Kim Swee Sedia Kemungkinan Digugurkan FAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kim Swee Sedia Kemungkinan Digugurkan FAM dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/kim-swee-sedia-kemungkinan-digugurkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kim Swee Sedia Kemungkinan Digugurkan FAM"

Catat Ulasan

Loading...