Loading...
Judul : Lelaki maut motosikal rempuh pikap
link : Lelaki maut motosikal rempuh pikap
Lelaki maut motosikal rempuh pikap
BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah pikap di Kilometer 3.0 Jambatan Pulau Pinang, di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Mohamad Hafiz Mohamed, 22, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata nahas dipercayai berlaku apabila pikap itu bergerak perlahan di sebelah kiri jalan berikutan kehabisan minyak.
Beliau berkata, mangsa yang menunggang motosikal sendirian untuk pulang ke rumahnya di Taman Nusantara, Jalan Makloom di Georgetown dipercayai tidak sempat mengelak dan melanggar belakang pikap berkenaan.
"Mangsa maut di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BHonline
Demikianlah Artikel Lelaki maut motosikal rempuh pikap
Sekianlah artikel Lelaki maut motosikal rempuh pikap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki maut motosikal rempuh pikap dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/lelaki-maut-motosikal-rempuh-pikap.html
0 Response to "Lelaki maut motosikal rempuh pikap"
Catat Ulasan