Loading...

Liga Perdana Satu - Pahang belasah NS

Loading...
Liga Perdana Satu - Pahang belasah NS - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Liga Perdana Satu - Pahang belasah NS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Liga Perdana Satu - Pahang belasah NS
link : Liga Perdana Satu - Pahang belasah NS

Baca juga


Liga Perdana Satu - Pahang belasah NS



ARKIB : 01/04/2001
PAHANG berpesta gol ketika membelasah naib juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan 6-2 apabila memulakan kempen Liga Perdana Satu di Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam.

Pemain muda Pahang, Azmani Kadir muncul wira Pahang dengan menjaringkan gol hatrik pada minit ke-25, 44 dan 46.

Khairul Anuar Karim pula menyumbang dua gol pada minit ke-61 dan 74, manakala satu gol lagi menerusi Ahmad Shaharuddin Rosdi, minit ke-20. Gol Negeri Sembilan disumbat masuk oleh Azman Adnan pada minit kelapan dan Shukor Adan (76).

Di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, penyandang juara, Selangor terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 ketika menentang Pulau Pinang.

Selepas kedudukan terikat 0-0 di babak pertama, Selangor bangkit menggandakan asakan sebaik perlawanan bersambung dan Jaafar Salleh membuka tirai jaringan pada minit ke-47 hasil umpanan B. Rajanikadh di luar kotak penalti.

Pulau Pinang bagaimanapun berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi S. Nanthakumar pada minit ke-54, tetapi terlepas peluang mencipta kemenangan apabila penyerangnya itu gagal menyempurnakan dua sepakan penalti, termasuk pada minit ke-62.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, pasukan tuan rumah Johor terpaksa akur dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Kelantan selepas Khairul Nazri Salman gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-68.

Sepakan penalti itu dihadiahkan kepada Johor selepas pemain Kelantan, Rezal Zambery Yahya menjatuhkan L. Ragesh dalam kotak penalti.

Khairul bagaimanapun gagal menyempurnakan tugasnya apabila sepakannya ditepis keluar oleh penjaga gol Kelantan, Mohd. Shahrizan Ismail.

Di Stadium Utama, Kangar, tuan rumah Perlis bangkit daripada kekalahan mengaibkan 4-3 kepada Selangor pada saingan pusingan kedua Piala FA lalu, untuk menumpaskan Kuala Lumpur 1-0 hasil jaringan G. Shanmugam, minit ke-64.

Di Stadium Sarawak, Kuching, tuan rumah Sarawak menundukkan Melaka 1-0 menerusi jaringan pemain barunya, G. Muthu pada minit ke-35.

Sumber-Artikel Penuh: http://ift.tt/2mW72J2
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Liga Perdana Satu - Pahang belasah NS

Sekianlah artikel Liga Perdana Satu - Pahang belasah NS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Liga Perdana Satu - Pahang belasah NS dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/liga-perdana-satu-pahang-belasah-ns.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Liga Perdana Satu - Pahang belasah NS"

Catat Ulasan

Loading...