Loading...

Malaysia muncul juara Bowl

Loading...
Malaysia muncul juara Bowl - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia muncul juara Bowl, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia muncul juara Bowl
link : Malaysia muncul juara Bowl

Baca juga


Malaysia muncul juara Bowl



ARKIB : 09/06/2003
Para pemain Malaysia meraikan kemenangan selepas mengalahkan pasukan Thailand bagi kategori Bowl di Kejohanan Futsal KL World 5S 2003 di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam. - Gambar ASWAD YAHYA.

SKUAD negara muncul di antara kuasa futsal terkuat Asia Tenggara apabila menundukkan Indonesia 5-4 dalam perlawanan akhir Bowl dalam Kejohanan Futsal KL World 5s di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.

Bagaimanapun, Malaysia terpaksa menempuh laluan sukar sebelum mencipta kejayaan menerusi jaringan emas Addie Azwan Zainal pada minit pertama masa tambahan sudden-death.

Gol itu merupakan koleksi jaringan peribadi Addie Azwan yang keempat sepanjang kejohanan tersebut.

Sebelum itu, dalam waktu permainan sebenar, Malaysia menerima padah kerana terlalu memandang rendah keupayaan lawan sehingga ketinggalan 2-0 ketika permainan berusia empat minit.

Kedua-dua gol dijaringkan oleh Achmad Ramdhani selang masa 22 saat ketika permainan mencecah minit keempat.

``Pemain-pemain saya memulakan perlawanan dengan merasakan bahawa perlawanan itu adalah mudah, ia menjejaskan tumpuan mereka.

``Apabila sedar bahawa Indonesia ialah lawan yang kuat, segalanya sudah terlewat dan kami sudah ketinggalan dua gol.

``Ia menyebabkan kami terpaksa menggandakan usaha untuk menyeimbangkan kedudukan jaringan,'' kata jurulatih Malaysia, Silvio Machado selepas perlawanan.

Zainodin Kasmidim meningkatkan semangat juang rakan-rakannya apabila menyepak masuk gol minit ke-12 dan kira-kira 5,000 peminat futsal bersorak semakin lantang gemuruh apabila melihat asakan bertali arus skuad negara hingga menyebabkan Indonesia begitu tertekan.

``Kami tertekan kerana Malaysia bermain dengan kelebihan tempat sendiri dan kami tahu mereka akan menyerang kami habis-habisan. Oleh itu kami cuba bermain secara bersabar dan ia membantu kami memperoleh dua gol pada awal permainan,'' kata jurulatih Indonesia, Ureas Rahamtoknam.

``Malaysia mengerah segala kemampuan mereka dan berhak untuk meraih kemenangan walau pun saya berpendapat bahawa kami kalah kerana gol nasib.''

Chiew Chun Yong menghidupkan peluang skuad negara apabila menjaringkan gol pada minit ke-26 dan Mohd. Saiful Md. Noor membawa Malaysia mendahului buat pertama kali menerusi gol minit ke-29.

Tetapi Indonesia jelas bukan lawan yang mudah dijinakkan dengan kembali ke depan ketika permainan berbaki lima minit apabila Andrian B.H Asuri dan Andri Irawan membuat percubaan tepat, masing-masing pada minit ke-31 dan 35.

Ketika Indonesia di ambang kejayaan, Mohammad Faizul Abdul Gaffar menjadi penyelamat Malaysia apabila menyamakan kedudukan 4-4 pada minit ke-39.

Ruang stadium bergemuruh dengan sorakan para penyokong Malaysia apabila Addie menggelecek pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan terus untuk jaringan emas seminit selepas tambahan masa sudden-death dimulakan.

Indonesia bagaimana pun tidak berasa kecewa dengan kegagalan kepada Malaysia kerana menyifatkan mereka kurang bersedia untuk kejohanan ini.

``Kami hanya berlatih selama seminggu sebelum datang ke sini manakala Malaysia membuat persediaan lebih baik dan perbezaannya sangat jelas,'' kata Ureas.

Selaku juara Bowl, Malaysia menerima hadiah AS$10,000, Indonesia mendapat AS$5,000 manakala Afrika Selatan dan England yang kecewa pada separuh akhir masing-masing membawa pulang AS$2,500.

Detik-detik cemas yang dihadapi skuad negara pada awal permainan bagaimana pun dianggap oleh Machado sebagai satu pengajaran buat anak-anak buahnya agar jangan memandang rendah tanpa mengira siapa lawan mereka.

``Bagaimana pun sudah terdapat tanda-tanda positif dalam pasukan ini dan antaranya ialah pemain semakin memahami gaya permainan dan undang-undang futsal.

``Memang kami masih belum berada di atas tetapi kami semakin meningkat. Belum ada liga futsal di Malaysia, tetapi apabila ianya sudah bermula, pencarian pemain akan menjadi lebih meluas,'' jelas Machado atau nama timangannya Lula.

Ketua pasukan negara, Faizul pula berkata: ``Kami sangat gembira dengan kemenangan ini dan saya percaya tahap futsal kita semakin meningkat dengan kehadiran Silvio Machado. Sekurang-kurangnya kami bermain futsal dengan betul dan tidak mengikut gaya permainan bola sepak padang.''

SUNBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2okyWjq
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Malaysia muncul juara Bowl

Sekianlah artikel Malaysia muncul juara Bowl kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia muncul juara Bowl dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/malaysia-muncul-juara-bowl.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Malaysia muncul juara Bowl"

Catat Ulasan

Loading...