Loading...

Myanmar: Suu Kyi Gesa Semua Kumpulan Bersenjata Tandatangan Perjanjian Gencatan Senjata

Loading...
Myanmar: Suu Kyi Gesa Semua Kumpulan Bersenjata Tandatangan Perjanjian Gencatan Senjata - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Myanmar: Suu Kyi Gesa Semua Kumpulan Bersenjata Tandatangan Perjanjian Gencatan Senjata, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Myanmar: Suu Kyi Gesa Semua Kumpulan Bersenjata Tandatangan Perjanjian Gencatan Senjata
link : Myanmar: Suu Kyi Gesa Semua Kumpulan Bersenjata Tandatangan Perjanjian Gencatan Senjata

Baca juga


Myanmar: Suu Kyi Gesa Semua Kumpulan Bersenjata Tandatangan Perjanjian Gencatan Senjata

YANGON: Dalam usaha mewujudkan kembali keamanan, Kaunselor Negara Myanmar Aung San Suu Kyi menyeru semua kumpulan yang tidak menandatangani perjanjian genjatan senjata termasuk Tentera Pembebasan Kachin (KIA) untuk bersama-sama menyertai menandatangani perjanjian itu. 

Seruan itu disuarakan Suu Kyi dalam satu pertemuan dengan pemimpin masyarakat Kachin semasa melawat Myitgyina di selatan Kachin pada Selasa. Myitgyina merupakan kawasan paling teruk dilanda peperangan.

“Persidangan Panglong Abad ke-21 adalah satu dialog penting untuk membina kesatuan demokratik persekutuan. Saya mahu semua menandatangani perjanjian genjatan senjata seluruh negara(NCA),” katanya sambil menyifatkan perjanjian itu bertindak sebagai dialog politik dan pemantau genjata senjata selain jaminan meminda perlembagaan.

Beliau mengalu-alukan kumpulan yang tidak menandatangani perjanjian untuk menyertai persidangan Panglong dan berbincang secara terbuka mengenai kehendak mereka.

“Saya tidak pernah berkata bahawa semua keperluan akan dipenuhi. Saya tidak boleh mengenepikan kepercayaan orang ramai. Tetapi saya boleh berjanji akan cuba semampu yang boleh untuk anda. Jadi semua perlu berbincang secara terbuka mengenai perkara itu,” katanya.

Baru-baru ini, Suu Kyi mengadakan pertemuan dengan delegasi rundingan politik (DPN) bagi Majlis Persekutuan Perpaduan Kebangsaan (UNFC), yang mewakili kumpulan bersenjata yang tidak menandatangani perjanjian untuk NCA di Nay Pyi Taw dan bersetuju terhadap sembilan cadangan dikemukakan UNFC.   

Mesyuarat kedua Persidangan Panglong Abad ke-21 dijadual pada April atau Mei dan perbincangan terbuka kepada semua kumpulan etnik bersenjata.

NCA dimulakan oleh kerajaan Myanmar sebelum ini dan lapan kumpulan bersenjata pada 15 Oktober 2015 dan mesyuarat pertama Persidangan Panglong Abad ke-21 berlangsung di Nay Pyi Taw pada Ogos-September 2016, lima bulan selepas kerajaan baharu pimpinan Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) mengambil alih pemerintahan. — BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o5jZSa

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Myanmar: Suu Kyi Gesa Semua Kumpulan Bersenjata Tandatangan Perjanjian Gencatan Senjata

Sekianlah artikel Myanmar: Suu Kyi Gesa Semua Kumpulan Bersenjata Tandatangan Perjanjian Gencatan Senjata kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Myanmar: Suu Kyi Gesa Semua Kumpulan Bersenjata Tandatangan Perjanjian Gencatan Senjata dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/myanmar-suu-kyi-gesa-semua-kumpulan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Myanmar: Suu Kyi Gesa Semua Kumpulan Bersenjata Tandatangan Perjanjian Gencatan Senjata"

Catat Ulasan

Loading...