Loading...
Judul : Najib tak tamat belajar?
link : Najib tak tamat belajar?
Najib tak tamat belajar?
KUALA LUMPUR, 2 Rejab 1438H, Khamis – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa gagal menamatkan pengajian di Universiti Nottingham di England pada 1974.
Dakwaan itu dilemparkan oleh salah seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Abdul Rahman Mohd Noor menerusi sebuah video berdurasi 2:52 minit.
Abdul Rahman mendakwa, beliau berada di UK pada masa itu dan Najib tidak menduduki peperiksaan akhir di University of Nottingham. 
Beliau mendakwa mendapat maklumat itu ketika bertugas sebagai atase pendidikan di Jabatan Penuntut Malaysia, Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Britain selama lima tahun selepas tamat belajar dari Universiti Malaya pada 1972.
Dalam video tersebut, Abdul Rahman turut mendakwa bahawa beliau sedia mencabar Pengerusi BN itu di kerusi Parlimen Pekan pada PRU ke-14 nanti.
Menafikan dakwaan tersebut, Setiausaha UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib menyifatkan ia sebagai penipuan dan fitnah terdesak PPBM melemahkan pengaruh BN.
“Saya nak menjawab tuduhan bagi tuduhan yang nampak sangat bohong ni. Kalau nak bertanding awal-awal lagi dah nak membohongi saya tak boleh nak terimalah sebagai pemimpin.
“Ini saya tidak boleh terima. Saya nak jelaskan di sini kenyataan itu seratus peratus adalah bohong. Semasa saya berkhidmat di London, Datuk Najib ada datang sebagai alumni di Universiti Nottingham, takkan dia dapat pergi majlis itu sekiranya dia tidak tamat belajar?,” soalnya dalam satu video yang dimuatnaik ke Youtube.
Mengulas lanjut Ahmad Azmey berkata, beliau sendiri pernah bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London ketika Najib berada di negara berkenaan untuk melanjutkan pengajian lebih tinggi di universiti berprestij tersebut.
Bahkan, Ahmad Azmey menjelaskan bahawa untuk memasuki Universiti Nottingham juga bukan mudah dan calon disaring ketat mesti memperoleh keputusan cemerlang di peringkat A-Level.
“Najib sebenarnya berjaya menamatkan pengajian menerusi bidang Industrial Economics daripada Universiti Nottingham pada 1974 sebelum pulang ke tanah air untuk aktif dalam politik di Malaysia lebih daripada 40 tahun,” katanya.
Semakan secara langsung dengan laman web rasmi University of Nottingham turut mengesahkan bahawa Najib merupakan alumninya: http://ift.tt/2nxkxxl
Demikianlah Artikel Najib tak tamat belajar?
Sekianlah artikel Najib tak tamat belajar? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Najib tak tamat belajar? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/najib-tak-tamat-belajar.html
0 Response to "Najib tak tamat belajar?"
Catat Ulasan