Loading...

Nasi Lemak Pondan Sedekah 100 Bungkus Setiap Jumaat

Loading...
Nasi Lemak Pondan Sedekah 100 Bungkus Setiap Jumaat - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nasi Lemak Pondan Sedekah 100 Bungkus Setiap Jumaat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nasi Lemak Pondan Sedekah 100 Bungkus Setiap Jumaat
link : Nasi Lemak Pondan Sedekah 100 Bungkus Setiap Jumaat

Baca juga


Nasi Lemak Pondan Sedekah 100 Bungkus Setiap Jumaat


SELEPAS gerai nasi lemak pondan menjadi tular baru-baru ini, pengusahanya, Jojie Kamaruddin berkata, dia akan mengagih-agihkan sebanyak 100 bungkus nasi lemak air tangannya ke masjid-masjid di sekitar Kuala Lumpur pada setiap hari Jumaat.

Niatnya untuk bersedekah kepada masjid itu dibuat selepas dia berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM2,000 sehari hasil jualan nasi lemaknya.

Memetik Malaysiakini, Jojie berkata, “Saya pasang niat untuk sedekahkan 100 bungkus setiap Jumaat di masjid sekitar Kuala Lumpur dan adik-adik saya akan bertanggungjawab untuk hantar nasi lemak tersebut.”

Bercerita mengenai bagaimana dia boleh terlibat dalam perniagaan nasi lemak, Jojie yang sebelum ini merupakan seorang pereka fesyen dan perunding majlis perkahwinan berkata, dia memulakan jualan nasi lemak selepas butik miliknya tutup baru-baru ini.


Namun, dia sama sekali tidak menyangka gerai kecilnya itu akan menerima sambutan hangat daripada penduduk sekitar Bandar Sri Permaisuri, Cheras di ibu negara.

Jojie menjual nasi lemak pada harga RM1.80 (biasa) dan nasi lemak berlauk seperti lauk sambal sotong, ayam masak merah, sambal paru dan ayam goreng dijual RM4.80 sebungkus.

Ditanya mengenai pelbagai cemuhan yang diterimanya susulan nama gerai kontroversinya itu, Jojie menjelaskan dia bersedia menerima apa sahaja kritikan daripada masyarakat luar.

“Apatah lagi selepas perniagaan saya ini dapat publisiti, sudah tentu ada yang tidak puas hati. Bukan saya sahaja, sesiapa sahaja yang berniaga perlu bersedia dengan risiko itu,” katanya yang kini sedang dalam proses membuat permohonan untuk mendapatkan lesen penjaja daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel Nasi Lemak Pondan Sedekah 100 Bungkus Setiap Jumaat

Sekianlah artikel Nasi Lemak Pondan Sedekah 100 Bungkus Setiap Jumaat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nasi Lemak Pondan Sedekah 100 Bungkus Setiap Jumaat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/nasi-lemak-pondan-sedekah-100-bungkus.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Nasi Lemak Pondan Sedekah 100 Bungkus Setiap Jumaat"

Catat Ulasan

Loading...