Loading...

PDRM Antara Badan Keselamatan Terbaik Dunia – Tengku Adnan

Loading...
PDRM Antara Badan Keselamatan Terbaik Dunia – Tengku Adnan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PDRM Antara Badan Keselamatan Terbaik Dunia – Tengku Adnan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PDRM Antara Badan Keselamatan Terbaik Dunia – Tengku Adnan
link : PDRM Antara Badan Keselamatan Terbaik Dunia – Tengku Adnan

Baca juga


PDRM Antara Badan Keselamatan Terbaik Dunia – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memuji keberkesanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dianggap sebagai antara badan keselamatan terbaik di dunia.

Beliau berkata kecemerlangan PDRM boleh dilihat melalui peranannya memastikan keamanan dan keselamatan negara hingga boleh dinikmati rakyat melalui kehidupan seharian.

“Tindakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab memperkecilkan PDRM sangat tidak wajar, banyak jasa polis kepada rakyat untuk memastikan keamanan khususnya di Kuala Lumpur dan Putrajaya ini terkawal.

“Kita sepatutnya menghargai dan berterima kasih kepada polis atas bakti mereka dalam memelihara keamanan sejagat,” katanya ketika berucap dalam program Jalinan Mesra sempena Peringatan Hari Polis ke-210 Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh dan Penasihat Pembangunan dan Iktisas di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Tengku Adnan berkata bagi menghargai PDRM, kementeriannya sedia menawarkan pelbagai kemudahan antaranya memberi keutamaan kepada anggota polis dalam projek perumahan kos rendah dan mampu milik seperti Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan dan Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia.

“Projek-projek ini mendapat sambutan hangat apabila banyak unit terjual tetapi difahamkan kurang permohonan daripada badan-badan beruniform seperti polis.

“Saya menyeru agar semua anggota polis untuk membuat permohonan bagi mendapatkan rumah tersebut,” katanya.

Beliau berkata kementeriannya menerusi Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga akan memperkasakan kerjasama dengan PDRM khususnya bagi membanteras jenayah di ‘kawasan panas’ sekitar ibu negara.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ok0r9T

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel PDRM Antara Badan Keselamatan Terbaik Dunia – Tengku Adnan

Sekianlah artikel PDRM Antara Badan Keselamatan Terbaik Dunia – Tengku Adnan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PDRM Antara Badan Keselamatan Terbaik Dunia – Tengku Adnan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/pdrm-antara-badan-keselamatan-terbaik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PDRM Antara Badan Keselamatan Terbaik Dunia – Tengku Adnan"

Catat Ulasan

Loading...