Loading...

Pegawai Imigresen KLIA Di Dakwa Terima Rasuah Sebanyak RM7,400

Loading...
Pegawai Imigresen KLIA Di Dakwa Terima Rasuah Sebanyak RM7,400 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pegawai Imigresen KLIA Di Dakwa Terima Rasuah Sebanyak RM7,400, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pegawai Imigresen KLIA Di Dakwa Terima Rasuah Sebanyak RM7,400
link : Pegawai Imigresen KLIA Di Dakwa Terima Rasuah Sebanyak RM7,400

Baca juga


Pegawai Imigresen KLIA Di Dakwa Terima Rasuah Sebanyak RM7,400

SHAH ALAM: Seorang pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan memperoleh suapan RM7,400 daripada seorang lelaki pada Jun tahun lepas.
Ia adalah sebagai dorongan untuk melepaskan 2 wanita warga Vietnam tanpa dituduh di mahkamah dan tidak disenaraihitamkan untuk masuk semula ke Malaysia atas kesalahan di bawah Akta Pasport 1966.
Tertuduh, M Jayakumar, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Slamat Yahya.
Jayakumar, yang bertugas di Jabatan Imigresen Selangor (Cawangan KLIA), didakwa memperoleh suapan tersebut daripada Pheh Khar Huat, 45, sebagai dorongan untuk melepaskan Hyunh Thi Ngoc Thuy dan Nguyen Thi Van.
Tertuduh, yang sudah berkhidmat selama 6 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga bernombor pendaftaran JNU 9107 di pekarangan luar bangunan Petronas KLIA, PT3906, Jalan Terminal, Sepang, jam 5.25 petang, 1 Jun 2016.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.
Slamat membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April ini untuk sebutan semula kes.
Beliau turut memerintahkan Jayakumar menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Hazirah Azeman sementara tertuduh diwakili peguam C R Selva. #sumber


Demikianlah Artikel Pegawai Imigresen KLIA Di Dakwa Terima Rasuah Sebanyak RM7,400

Sekianlah artikel Pegawai Imigresen KLIA Di Dakwa Terima Rasuah Sebanyak RM7,400 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pegawai Imigresen KLIA Di Dakwa Terima Rasuah Sebanyak RM7,400 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/pegawai-imigresen-klia-di-dakwa-terima.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pegawai Imigresen KLIA Di Dakwa Terima Rasuah Sebanyak RM7,400"

Catat Ulasan

Loading...