Loading...
Judul : Pesta Bola Merdeka - Dua pasukan kebangsaan bertanding
link : Pesta Bola Merdeka - Dua pasukan kebangsaan bertanding
Pesta Bola Merdeka - Dua pasukan kebangsaan bertanding
ARKIB : 07/04/2001
MALAYSIA akan menghantar dua pasukan kebangsaan termasuk skuad bawah 23 tahun untuk menyertai Pesta Bola Merdeka yang akan diadakan dari 15 hingga 30 Jun ini.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memberitahu, penyertaan kedua-dua pasukan itu bertujuan untuk mendapatkan pendedahan khususnya skuad bawah 23 tahun yang akan menghadapi Sukan SEA pada bulan September ini.
``Apa yang menarik, Pesta Bola Merdeka 2001 akan diadakan di dua gelanggang iaitu di Kuala Lumpur dan di kawasan luar Lembah Klang tetapi tempatnya masih belum dikenal pasti,'' kata beliau dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis FAM, di Melaka, semalam.
Kata Abdullah, di antara negara yang mengesahkan penyertaan ialah Thailand, Bosnia dan Slovakia manakala Bahrain sudah menyatakan minat tetapi masih belum memberikan keputusan.
Sementara itu, kata beliau, mesyuarat berkenaan menerima laporan prestasi skuad bawah 23 tahun kebangsaan yang beraksi pada pusingan kelayakan Piala Dunia di Hong Kong dan Doha, Qatar baru-baru ini daripada pengurus pasukan, Datuk Dr. Ibrahim Saad.
``Dalam laporannya, Dr. Ibrahim menyentuh tentang pemain yang bermain dengan baik walaupun mutu permainan pasukan negara tidak konsisten,'' kata beliau.
Dalam perkembangan lain, kata beliau, pengadil bola sepak negara ini akan menyertai program pertukaran pengadil dengan pengadil-pengadil Liga Jepun dan Liga Korea pada masa akan datang.
``Program ini penting sebagai pendedahan kepada pengadil dari ketiga-ketiga negara bagi meninggikan lagi mutu pengadilan,'' kata beliau.
Mengenai keputusan penggantungan empat tahun ke atas Ahli Majlis Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Paduka Ahmad Basri Akil, beliau berkata, ia masih kekal disebabkan FAM belum menerima sebarang rayuan daripadanya sehingga kini.
FAM katanya, hanya akan membincangkan isu Ahmad Basri sekiranya beliau mengemukakan rayuan.
``Kita belum menerima apa-apa keputusan daripada Ahmad Basri, jadi keputusan FAM itu dikira kekal,'' katanya.
Ahmad Basri sebelum ini dilaporkan mahu menyaman FAM kerana badan induk bola sepak negara itu menjatuhkan hukuman ke atasnya tanpa menyatakan butiran faktor.
Sumber-Artikel Penuh: http://ift.tt/2nuLt3F
© Utusan Melayu (M) Bhd
Demikianlah Artikel Pesta Bola Merdeka - Dua pasukan kebangsaan bertanding
Sekianlah artikel Pesta Bola Merdeka - Dua pasukan kebangsaan bertanding kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pesta Bola Merdeka - Dua pasukan kebangsaan bertanding dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/pesta-bola-merdeka-dua-pasukan.html
0 Response to "Pesta Bola Merdeka - Dua pasukan kebangsaan bertanding"
Catat Ulasan