Loading...
Judul : [PRU14 KENA CEPAT NI] Laporan: AS buat persediaan untuk dakwa Jho Low
link : [PRU14 KENA CEPAT NI] Laporan: AS buat persediaan untuk dakwa Jho Low
[PRU14 KENA CEPAT NI] Laporan: AS buat persediaan untuk dakwa Jho Low
Pihak berkuasa Amerika Syarikat sedang membuat persediaan untuk memfailkan tuduhan jenayah terhadap jutawan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, kerana terlibat dalam apa yang mereka percaya sebagai "salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah".
The Wall Street Journal yang memetik sumber-sumber biasa dengan siasatan sebagai berkata, pendakwa AS merancang memfailkan tuduhan jenayah penipuan dan pengubahan wang haram terhadap Low dan beberapa rakan-rakannya yang berpotensi.
Sumber-sumber itu bagaimanapun tidak menjelaskan bilakah tuduhan jenayah itu akan difailkan.
Rancangan itu juga boleh diubah atau digugurkan memandangkan siasatan masih diteruskan, menurut laporan itu.
Menurut sumber itu, Low menjadi tumpuan siasatan jenayah dan beliau juga digambarkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang memfailkan tindakan undang-undang sivil Julai lalu sebagai 'pusat yang didakwa menyalurkan berbilion-bilion dolar daripada 1MDB.
Dalam saman sivil yang berasingan daripada siasatan jenayah, WSJ memetik sumber sebagai berkata bahawa DOJ kini sedang menyiasat hartanah baru keluarga Low ke dalam senarai aset untuk disita, termasuk AS$ 165 juta kapal layar bernama Equanimity. - MK
Demikianlah Artikel [PRU14 KENA CEPAT NI] Laporan: AS buat persediaan untuk dakwa Jho Low
Sekianlah artikel [PRU14 KENA CEPAT NI] Laporan: AS buat persediaan untuk dakwa Jho Low kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [PRU14 KENA CEPAT NI] Laporan: AS buat persediaan untuk dakwa Jho Low dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/pru14-kena-cepat-ni-laporan-as-buat.html
0 Response to "[PRU14 KENA CEPAT NI] Laporan: AS buat persediaan untuk dakwa Jho Low"
Catat Ulasan