Loading...

Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Pyongyang

Loading...
Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Pyongyang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Pyongyang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Pyongyang
link : Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Pyongyang

Baca juga


Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Pyongyang

Pesawat khas yang bawa sembilan rakyat Malaysia dari Pyongyang, Korea Utara selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada jam 5.03 pagi. – Foto Twitter BERNAMA

SEPANG: Sembilan rakyat Malaysia yang ditahan di Korea Utara sejak 7 Mac lalu susulan ketegangan diplomatik antara kedua-dua negara, selamat tiba di tanah sebentar tadi.

Mereka tiba pada jam 5 pagi di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menaiki pesawat khas dari Pyongyang, Korea Utara.

Mereka ialah Pembantu Peribadi Duta Besar, Noor Saaidah Jamaluddin, 29; suaminya Mohd Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia lapan bulan; S. Nirmala Malar Kodi, 45, (Pegawai Tadbir); Mohd Nor Azrin Md Zain, 37, (Kaunselor), isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta tiga anak iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynor Zhafirah, 5, dan Ayscha Zinnirah, 3.

Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman serta ahli keluarga masing-masing.

Terdahulu, kepulangan mereka dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan penerbangan mereka berlepas meninggalkan Pyongyang pada jam 7.45 malam tadi (waktu Malaysia).

Krisis hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tercetus selepas Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol diarahkan pulang kerana mengkritik pihak berkuasa negara ini berhubung penyiasatan kematian abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam.

Pada 13 Februari lalu, Jong-nam didakwa dibunuh oleh dua wanita warga asing ketika berada di klia2 untuk menaiki pesawat ke Macau.

Jong-nam, yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Dua wanita warga asing iaitu Siti Aisyah, 25, dari Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam didakwa membunuh Jong-nam di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac lalu.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oE2DZ4

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Pyongyang

Sekianlah artikel Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Pyongyang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Pyongyang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/rakyat-malaysia-selamat-tiba-dari.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Pyongyang"

Catat Ulasan

Loading...