Loading...

Sam Mannan Tuduh Orang Asal Pendatang & Robohkan Rumah

Loading...
Sam Mannan Tuduh Orang Asal Pendatang & Robohkan Rumah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sam Mannan Tuduh Orang Asal Pendatang & Robohkan Rumah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sam Mannan Tuduh Orang Asal Pendatang & Robohkan Rumah
link : Sam Mannan Tuduh Orang Asal Pendatang & Robohkan Rumah

Baca juga


Sam Mannan Tuduh Orang Asal Pendatang & Robohkan Rumah


KENYATAAN: Penduduk kampung Bobotong merasa kecewa dengan kenyataan Datuk Sam Manan dan menafikan tuduhan kononnya SUHAKAM diberi fakta palsu oleh penduduk kampung.

Sekiranya Sam Manan benar-benar prihatin, beliau sepatutnya turun sendiri ke lapangan untuk melihat apa yang berlaku di Kg Bobotong dan mencari penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak.

Beliau juga boleh bertanya kepada penduduk kampung tentang sejarah kampung ini dan status rumah-rumah yang dirobohkan pada 16 Mac 2017.

Walaupun kami diperlakukan dengan cara yang tidak adil pada 16.3.2017, kami dengan rendah hati dan terbuka akan menerima kedatangan Sam Manan sendiri ke kampung ini untuk mencari penyelesaian terbaik ke atas masalah yang dihadapi sekarang.

Terus terang saya nyatakan bahawa seluruh penduduk kampung masih lagi trauma dengan kejadian tersebut sehingga ke hari ini. Kami juga merayu agar operasi merobohkan dan memusnahkan saki baki rumah penduduk kampung yang tidak mempunyai OP (Occupation Permit) pada 30.3.2017 (dinyatakan secara lisan oleh pegawai jabatan hutan semasa operasinya pada 16.3.2017) dibatalkan.

Kami juga menafikan kenyataan Sam Manan bahawa kami adalah pendatang dan bukan orang Tongod. Bagi kami, kami adalah orang Tongod sejak dari dahulu dan tanah ini adalah tanah adat kami.

Kami berhak ke atas tanah ini serta apa sahaja yang kami usahakan selama ini. Sejarah pembentukan kampung ini membuktikan bahawa kami adalah orang asal di sini. Semua yang berlaku pada masa ini adalah kerana proses adat yang sehingga kini kami dipertahankan dan diperakui oleh semua penduduk kampung sama ada Kampung Bobotong mahupun Kampung Entilibon Asal.

Sam Manan juga memberi kesimpulan mudah dengan menyatakan bahawa semua penduduk kampung adalah pendatang berasal dari Kiulu dan melupakan fakta bahawa penduduk Kampung Entilibon Asal daripada etnik Sukang turut sama hidup bersama-sama sebagai satu komuniti di kampung ini.

Mereka juga mempunyai tanah-tanah seperti kami di sini dan hidup bersama-sama mengerjakan tanah-tanah di sini. Jangan lupa bahawa Kampung Bobotong ini adalah sebahagian daripada Kampung Entilibon Asal dan Ketua Kampung Entilibon Asal adalah juga Ketua Kampung Bobotong.

Kami hidup dengan harmoni dengan mereka khususnya berkaitan dengan tanah-tanah yang ada di kampung Bobotong.

Kami juga kecewa bagaimana sebuah Jabatan kerajaan seperti Jabatan Perhutanan Sabah yang sepatutnya menjalankan tugas berlandaskan SOP seperti mana yang terkandung dalam Enakmen Hutan untuk mewartakan sesuatu hutan simpan.

Sepatutnya sekiranya mereka nampak kehadiran kami di kampung Bobotong, mereka terus memberitahu kami ataupun meletakkan apa-apa tanda yang boleh difahami oleh penduduk kampung. Kami akui bahawa sewaktu awal penempatan kami di Kampung Bobotong, tiada tanda-tanda nyata yang boleh dilihat yang menunjukkan kawasan ini adalah hutan simpan.

Hanya apabila pada sekitar tahun 1984, serombongan kakitangan Jabatan Hutan Sabah telah datang meninjau ke Kg Bobotong dan bercerita berkenaan kewujudan kawasan Hutan Simpan.

Pada Tahun 1998, pihak kakitangan Jabatan Hutan Sabah yang diketuai oleh seorang yang bernama Indra telah bersama-sama dengan penduduk kampung untuk membuat rantis sempadan antara kawasan perkampungan Kg Bobotong dan kawasan Hutan Simpan.

Sepanjang rantis sempadan telah di cat dengan warna merah oleh kakitangan Jabatan Hutan Sabah dan dipasang dengan papantanda kuning bertulis “Kawasan Hutan Simpan” berukuran lebih kurang satu kaki persegi. Sejak rantis yang dibuat pada Tahun 1998, penduduk Kg Bobotong telah jelas persempadanan antara kawasan perkampungan Kg Bobotong dengan sempadan kawasan Hutan Simpan.

Persempadanan ini amat kami hormati dan tiada seorang penduduk kampung pun yang melanggar sempadan tersebut sehingga ke hari ini.

Harapan daripada penduduk kampung ini biarlah masalah ini diselesaikan dengan cara yang terbaik. Perbincangan atau dialog secara aman tanpa menakutkan atau mengugut orang Kampung yang diadakan di antara penduduk Kg Bobotong serta Kampung Entilibon Asal, Pejabat Daerah Tongod, SUHAKAM, Pejabat Hasil Bumi, Jabatan Hutan sendiri dan jabatan-jabatan berkaitan untuk mencari penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah ini. - Borneo Today


Demikianlah Artikel Sam Mannan Tuduh Orang Asal Pendatang & Robohkan Rumah

Sekianlah artikel Sam Mannan Tuduh Orang Asal Pendatang & Robohkan Rumah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sam Mannan Tuduh Orang Asal Pendatang & Robohkan Rumah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/sam-mannan-tuduh-orang-asal-pendatang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sam Mannan Tuduh Orang Asal Pendatang & Robohkan Rumah"

Catat Ulasan

Loading...