Judul : ‘Saya bukan tamak’ – Siti Nordiana
link : ‘Saya bukan tamak’ – Siti Nordiana
‘Saya bukan tamak’ – Siti Nordiana
Walaupun sibuk, penyanyi popular, Siti Nordiana terus mengorak langkah ke hadapan apabila menerima tawaran sebagai pengacara bagi program realiti terbaru, Gema Gegar Vaganza 2017 (GGV2017).
Bukan bersikap tamak, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana sebaliknya menyifatkan ia sebagai satu peluang yang tidak boleh dilepaskan.
“Awalnya, saya takut juga nak terima tawaran ini. Takut orang kata saya tamak pula.
“Tapi, bila fikir semula daripada sudut positif, kenapa pula saya perlu risau dengan kata-kata orang.
“Lagipun, saya bertuah kerana mendapat kepercayaan daripada Astro sendiri.
“Jadi, saya terus ambil peluang ini sekali gus belajar membina keyakinan diri,” katanya.
Bagaimanapun, selebriti berusia 33 tahun ini mengakui gementar untuk melakukan tugasannya itu.
Tambahan pula, katanya, GGV2017 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras.
“Saya tak pernah menjadi pengacara. Ini adalah percubaan pertama saya.
“Dah tentu, saya rasa nervous dan tak konfiden. Insya-ALLAH, saya akan buat yang terbaik.
“Mungkin ini juga adalah permulaan yang baik untuk saya lebih yakin apabila bercakap di atas pentas,” katanya.
Tidak keseorangan, Nana bakal bergandingan dengan Fikri (lawak solo) dan Achey sebagai pengacara bersama.
GGV2017 bakal disiarkan di saluran Astro Oasis dan Maya HD bermula 8 April depan.
The post ‘Saya bukan tamak’ – Siti Nordiana appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nkG4ra✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Demikianlah Artikel ‘Saya bukan tamak’ – Siti Nordiana
Anda sekarang membaca artikel ‘Saya bukan tamak’ – Siti Nordiana dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/saya-bukan-tamak-siti-nordiana.html
0 Response to "‘Saya bukan tamak’ – Siti Nordiana"
Catat Ulasan