Loading...

Siasatan Kes Culik Suri Rumah Hampir lengkap

Loading...
Siasatan Kes Culik Suri Rumah Hampir lengkap - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siasatan Kes Culik Suri Rumah Hampir lengkap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siasatan Kes Culik Suri Rumah Hampir lengkap
link : Siasatan Kes Culik Suri Rumah Hampir lengkap

Baca juga


Siasatan Kes Culik Suri Rumah Hampir lengkap


JOHOR BAHRU – Siasatan terhadap 13 individu yang ditahan berhubung kes penculikan seorang suri rumah di sini baru-baru ini hampir lengkap, kata Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Zakaria Ahmad.

Beliau berkata kertas siasatan itu dijangka diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut sebaik tempoh tahanan reman ke atas suspek tamat pada 27 Mac ini.

“Berkenaan enam lagi suspek yang ditahan di Batam, Indonesia… Bukit Aman sedang uruskan hal ini.

“Disebabkan mereka warga Indonesia dan ditangkap di sana, kita tidak boleh bawa balik dahulu, kita mesti mengikut proses undang-undang negara tersebut dahulu sebelum boleh mengambil tindakan di sini,” katanya.

Mohd Zakaria berkata demikian kepada pemberita selepas upacara perbarisan Hari Polis ke-210 peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Pada 21 Feb lepas, seorang wanita berusia 40-an diculik dari rumahnya di sini dan dibawa lari ke Batam.

Mangsa berjaya diselamatkan dari sebuah rumah ladang di Batam dengan kerjasama polis Indonesia selepas 27 hari diculik.

Susulan itu, polis menangkap 19 suspek dengan 12 daripadanya ditahan di Johor Bahru, seorang di Plaza Tol Yong Peng dekat Batu Pahat dan enam di Batam. – BERNAMA


Demikianlah Artikel Siasatan Kes Culik Suri Rumah Hampir lengkap

Sekianlah artikel Siasatan Kes Culik Suri Rumah Hampir lengkap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siasatan Kes Culik Suri Rumah Hampir lengkap dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/siasatan-kes-culik-suri-rumah-hampir.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Siasatan Kes Culik Suri Rumah Hampir lengkap"

Catat Ulasan

Loading...