Loading...

SPRM Kenal Pasti Individu Rasuah Gelaran ‘Tan Sri’

Loading...
SPRM Kenal Pasti Individu Rasuah Gelaran ‘Tan Sri’ - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM Kenal Pasti Individu Rasuah Gelaran ‘Tan Sri’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM Kenal Pasti Individu Rasuah Gelaran ‘Tan Sri’
link : SPRM Kenal Pasti Individu Rasuah Gelaran ‘Tan Sri’

Baca juga


SPRM Kenal Pasti Individu Rasuah Gelaran ‘Tan Sri’


PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memperoleh maklumat berkaitan individu yang didakwa terlibat dalam rasuah untuk mendapatkan darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

SPRM dalam satu kenyataan media berkata, agensi itu memperolehi maklumat berhubung individu terbabit daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Kuala Lumpur hari ini.

“SPRM menjunjung kasih di atas perkenan Sultan Johor menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad bersama beberapa pegawai kanan SPRM hari ini.

“Ia berhubung maklumat mengenai individu yang terlibat berkaitan dengan rasuah untuk mendapatkan darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

“Di dalam pertemuan tersebut, pihak SPRM telah memperoleh maklumat yang berkaitan daripada baginda dan telah mengenal pasti individu yang terlibat,” kata kenyataan itu hari ini.

Sultan Johor sebelum ini mendakwa menerima tawaran sebanyak RM2 juta daripada seseorang bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara untuk gelaran Tan Sri daripada Yang di-Pertuan Agong.

SPRM seterusnya memberi jaminan akan memastikan siasatan yang telus dijalankan berkenaan perkara itu dan tindakan yang sewajarnya akan diambil berdasarkan undang-undang.

“SPRM amat menyanjung tinggi sokongan penuh baginda kepada SPRM serta komitmen berterusan baginda dalam memerangi dan menghapuskan jenayah rasuah dan salah guna kuasa di negara ini amnya dan di Johor khususnya,” kata SPRM. – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel SPRM Kenal Pasti Individu Rasuah Gelaran ‘Tan Sri’

Sekianlah artikel SPRM Kenal Pasti Individu Rasuah Gelaran ‘Tan Sri’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM Kenal Pasti Individu Rasuah Gelaran ‘Tan Sri’ dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/sprm-kenal-pasti-individu-rasuah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SPRM Kenal Pasti Individu Rasuah Gelaran ‘Tan Sri’"

Catat Ulasan

Loading...