Loading...

Tiada Lagi Jaminan Buat Rooney – Southgate

Loading...
Tiada Lagi Jaminan Buat Rooney – Southgate - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada Lagi Jaminan Buat Rooney – Southgate, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Lagi Jaminan Buat Rooney – Southgate
link : Tiada Lagi Jaminan Buat Rooney – Southgate

Baca juga


Tiada Lagi Jaminan Buat Rooney – Southgate

PENGURUS England, Gareth Southgate menegaskan tiada lagi jaminan buat Wayne Rooney untuk berada di dalam skuad The Three Lions tatkala tumpuannya kini beralih kepada usaha membentuk pasukan masa depan. – Foto AFP

BURTON-ON-TRENT, England: Pengurus England, Gareth Southgate menegaskan tiada lagi jaminan buat Wayne Rooney untuk berada di dalam skuad The Three Lions tatkala tumpuannya kini beralih kepada usaha membentuk pasukan masa depan.

Rooney, 31, tidak berada dalam senarai skuad 26 pemain diumumkan oleh Southgate, semalam untuk aksi persahabatan menentang Jerman dan kelayakan Piala Dunia bertemu Lithuania, minggu depan.

Sering terpilih mewakili England sejak 14 tahun lalu, Rooney kini sudah kehilangan tempat di Manchester United dan Southgate memberi bayangan sudah tiba masanya untuk memulakan perancangan untuk ‘hidup’ tanpa dia.

“Anda tidak boleh sentiasa bergantung pada payung terjun atau jaket keselamatan dengan kehadiran pemain senior,” kata Southgate kepada pemberita di pusat latihan St George Park.

“Sebahagian daripada proses pembangunan untuk beberapa tahun akan datang adalah dengan memberi pendedahan kepada pemain muda.”

Menyifatkan persaingan yang diterima Rooney, Southgate menambah: “Kami melihat Wayne sebagai pemain nombor 10, yang mana itu peranan utamanya.

“Tetapi pada dua perlawanan terakhir kami mainkan Dele (Alli) dan Adam Lallana di di situ. Kedua-duanya bermain agak baik, menjaringkan dan mencipta gerakan gol untuk kelab masing-masing.

“Ross Barkley pula melalui tempoh beberapa minggu yang hebat bersama kelabnya. Jadi ada persaingan yang sihat. Terdapat ramai pemain yang bagus dan Wayne begitu memahaminya.”

Walaupun Rooney sedang dipalit kecederaan lutut, Southgate membayangkan kekurangan aksi bersama United bermakna dia tetap tidak akan dipanggil biarpun kembali cergas. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m7mTFS

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



Demikianlah Artikel Tiada Lagi Jaminan Buat Rooney – Southgate

Sekianlah artikel Tiada Lagi Jaminan Buat Rooney – Southgate kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada Lagi Jaminan Buat Rooney – Southgate dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/tiada-lagi-jaminan-buat-rooney-southgate.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tiada Lagi Jaminan Buat Rooney – Southgate"

Catat Ulasan

Loading...