Loading...

Tugas berganda dipikul Tok Gajah

Loading...
Tugas berganda dipikul Tok Gajah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tugas berganda dipikul Tok Gajah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tugas berganda dipikul Tok Gajah
link : Tugas berganda dipikul Tok Gajah

Baca juga


Tugas berganda dipikul Tok Gajah



ARKIB : 27/03/2001
TUGAS berat berganda terpikul di bahu Yunus Alif dan pasukan Pahang apabila mengunjungi Sabah di Stadium Penampang, Kota Kinabalu dalam perlawanan kedua pusingan kedua bola sepak Piala FA, hari ini, lapor ABDUL HAFIZ AHMAD.

Masalah kecederaan tonggak, penggantungan pemain dan keadaan padang Stadium Penampang yang kurang menyenangkan pasti menjadi agenda membimbangkan dan berlegar di kotak fikiran Yunus ketika ini.

Hendak atau tidak, ketua jurulatih Tok Gajah itu perlu mengharungi ujian getir ini dengan serba-serbi keadaan yang langsung tidak menyebelahinya untuk menghidupkan peluang Pahang ke suku akhir.

Sesudah tumpas 0-1 dan kehilangan Ahmad Shahrizan Salleh akibat kad merah di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang nyata amat tertekan untuk memburu sekurang-kurangnya dua gol sebagai meraih tiket suku akhir.

``Khidmat Azizul sah tidak dapat digunakan apabila ke Kota Kinabalu. Lukanya terbuka dan perlukan lima jahitan untuk menutupnya semula. Saya akui memang memerlukan Azizul tetapi apa boleh buat.

``Di Kuantan lagi dia terpaksa dikeluarkan. Pilihan saya kini ialah sama ada suka atau tidak, mempertaruhkan pemain muda lain untuk mengisi tempatnya dalam perlawanan kedua ini,'' kata Yunus.

Menurut beliau, ketika menjelang perlawanan pertama pada Sabtu lalu lagi, Pahang sudah dibelenggu masalah kecederaan tonggaknya seperti benteng Mohd. Ali Tahar dan penjaga gol veteran, Muadzar Mohamad.

Malah masalah Yunus tidak berhenti di situ sahaja. Gara- gara kad kuning kedua pada minit ke-46 babak kedua Sabtu lalu, Shahrizan kini digantung satu perlawanan yang sekali gus meragut tiket penerbangannya ke Kota Kinabalu.

``Tanpa Shahrizan juga, saya terpaksa mencari muka baru lain untuk mengisi kekosongan posisi benteng kiri. Harap- harap yang diketengahkan nanti bersedia untuk menimba sesuatu.

``Mereka perlu sedar, inilah masanya untuk belajar dan mengerti hakikat bahawa apabila anda kalah, bukan bermakna anda habis. Bukan begitu sebenarnya,'' tegas Yunus.

Beliau turut merujuk kepada kesebelasan Pahang pada Sabtu lalu yang walaupun bermain dengan 10 orang, masih menunjukkan semangat juang yang kental untuk melayani asakan balas pantas Sabah.

Namun Yunus turut akur, anak buahnya juga tidak boleh diharapkan terlalu tinggi dan perlu diberi masa lagi untuk mencapai kematangan dalam mengharungi permainan.

Dalam pada itu, beliau turut gusar dengan makluman jurulatih Sabah, Ken Worden yang menyebut tentang keadaan padang Stadium Penampang tidak begitu memuaskan.

``Ken kata padangnya agak teruk. Ini juga jadi satu masalah,'' kata Yunus yang perlu memimpin Tok Gajah sekurang- kurangnya menyamai pencapaian mara ke suku akhir selepas membawa Terengganu menjuarai kejohanan kalah mati kebangsaan ini musim lalu.

Sumber-Artikel Penuh: http://ift.tt/2nu53Nn
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Tugas berganda dipikul Tok Gajah

Sekianlah artikel Tugas berganda dipikul Tok Gajah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tugas berganda dipikul Tok Gajah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/tugas-berganda-dipikul-tok-gajah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tugas berganda dipikul Tok Gajah"

Catat Ulasan

Loading...